AM

Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN di Nha Trang, Vietnam

116

PUTRAJAYA 16 Januari 2020 – Delegasi Malaysia bagi menghadiri Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN di Nha Trang, Vietnam pada 15-17 Januari 2020 akan diketuai oleh Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah.

Menurut kenyataan akhbar oleh Kemeterian Luar Negeri (MOFA) pada hari ini, Sesi Pemukiman di Nha Trang ini merupakan mesyuarat berjadual pertama Negara-negara Anggota ASEAN, yang akan dipengerusikan oleh TYT Pham Binh Minh, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Vietnam, dan akan melibatkan penyertaan Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN, Setiausaha Agung ASEAN dan juga Pegawai-pegawai Kanan dari semua Negara Anggota ASEAN. Sesi Pemukiman ini akan didahului dengan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN (SOM) pada hari ini.

“Antara isu yang akan dibincangkan oleh para Menteri Luar Negeri ASEAN adalah susulan pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dicapai di Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 dan ke-35 yang telah diadakan pada tahun 2019 di bawah kepengerusian Thailand serta inisiatif-inisiatif untuk menggerakkan keutamaan agenda Vietnam sebagai Pengerusi ASEAN 2020.

Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa serta langkah-langkah bagi mengukuhkan hubungan ASEAN dengan Rakan-rakan Dialognya.” kata MOFA.

Tambah MOFA, dalam usaha Negara-negara Anggota ASEAN bergerak mara ke arah Wawasan Komuniti ASEAN 2025, Malaysia memberi sokongan penuh dan komited dalam memastikan perkembangan substantif dapat dicapai di bawah kepengerusian Vietnam pada tahun 2020 di mana Vietnam merupakan Pengerusi ASEAN pada tahun 2020 di bawah tema “Cohesive and Responsive”.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...