AMPendidikan @ My LNA

Dr. Habibah KPPM ke 17 – KPM

111

PUTRAJAYA 16 Januari 2020 – Dr. Habibah binti Abdul Rahim telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa pada 10 Januari 2020. Beliau menggantikan YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin yang telah bersara wajib pada 21 Disember 2019.

“Dr. Habibah, 58 tahun merupakan KPPM yang ke-17 dan merupakan wanita yang kedua menggalas jawatan sebagai KPPM. Dr. Habibah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai seorang guru di beberapa buah sekolah di Selangor dan Kedah sebelum menyambung perkhidmatan di pelbagai organisasi di KPM.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh Dr. Habibah di KPM termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Pengarah Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) dan Pensyarah Kanan di Institut Aminuddin Baki (IAB)” maklum KPM di dalam kenyataan media semalam.

Menurut KPM lagi, Dr. Habibah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Biologi dari University of Salford, United Kingdom pada tahun 1984 dan beliau seterusnya meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pendidikan di University of Bristol, United Kingdom pada tahun 1993. Pada tahun 2001 beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dari Stanford University, Amerika Syarikat.

“Berbekalkan kepakaran, pengalaman dan pencapaian yang cemerlang, KPM yakin Dr. Habibah mampu untuk terus meningkatkan lagi prestasi pendidikan negara selaras dengan hasrat yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

KPM turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. Amin Senin kerana khidmat bakti yang dicurahi beliau dalam bidang pendidikan semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.” tambah KPM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...