Home MY LNA AM Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.3 peratus pada November 2019
AMniaga

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.3 peratus pada November 2019

PUTRAJAYA 15 Januari 2020 – Pengeluaran getah asli Malaysia telah meningkat pada November 2019 iaitu sebanyak 9.3 peratus kepada 53,019 tan metrik berbanding 48,528 tan metrik pada Oktober 2019.

Menurut Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia di dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabatnya semalam, perbandingan antara tahun ke tahun pada November 2019 menunjukkan pengeluaran getah asli turut menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus.

Dalam pada itu, eksport getah asli Malaysia berjumlah 47,888 tan metrik, menunjukkan penurunan sebanyak 6.2 peratus berbanding 50,600 tan metrik pada Oktober 2019 di mana negara China masih mengekalkan kedudukan sebagai destinasi utama eskport getah asli dengan sumbangan 46.7 peratus daripada keseluruhan eksport getah asli negara.

“Harga purata bagi lateks pekat pada Oktober 2019 ialah 440.55 sen sekilogram berbanding 425.61 sen sekilogram pada bulan lepas.

Harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) meningkat kepada 566.12 sen sekilogram berbanding dengan 536.50 sen sekilogram pada Oktober 2019” tambah Dr. Mohd Uzir.

Pada November 2019 pembuatan sarung tangan getah kekal mendominasi industri pembuatan getah asli dengan penggunaan sebanyak 30,425 tan metrik atau 74.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik (40,631 tan metrik).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...