Home MY LNA AM KPM alu-alukan YAB Perdana Menteri sebagai pemangku Menteri Pendidikan
AMPendidikan @ My LNA

KPM alu-alukan YAB Perdana Menteri sebagai pemangku Menteri Pendidikan

PUTRAJAYA 10 Januari 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkuatkuasa pada 3 Januari 2020.

“Yang Amat Berhormat Tun merupakan seorang negarawan yang berpengalaman luas dalam transformasi pendidikan negara.

KPM sentiasa bersedia memberi sepenuh sokongan dan kerjasama padu kepada pimpinan Yang Amat Berhormat Tun dalam melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.” kata KPM di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Pada 8 Januari yang lepas, Jemaah Menteri telah bersetuju agar jawatan Menteri Pendidikan dipangku sementara oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkuat kuasa pada 3 Januari.

Keputusan tersebut dibuat ekoran keputusan YB Dr. Maszlee Malik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada minggu lepas selepas dinasihatkan oleh YAB Perdana Menteri. Semasa ucapan pengumuman perletakan jawatan tersebut, Dr Maszlee berkata bahawa beliau dilihat banyak menimbulkan krisis kepada kepemimpinan terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan program sarapan percuma.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...