AMNiaga @ My LNA

2,000 usahawan akan dilatih di bawah 40 program Kursus Asas Keusahawanan (KAK) – MED

182

PUTRAJAYA 10 Januari 2020 – Berdasarkan kepada jumlah permintaan dari kalangan usahawan serta impak positif yang diterima pada tahun lepas, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) merancang untuk menganjurkan lagi 40 program Kursus Asas Keusahawanan (KAK) di seluruh negara yang akan memberi latihan kepada 2,000 usahawan bagi tahun 2020 ini.

KAK telah diperkenalkan pada tahun 2019 dengan tujuan melatih dan membangun kapasiti usahawan seiring dengan Teras 1 Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). Program selama dua hari ini telah dijalankan di 20 lokasi seluruh negara dan telah disertai oleh seramai 1,063 usahawan. Ia diterajui agensi di bawah MED iaitu Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) dan juga Institut Koperasi Malaysia (IKM).

“Program KAK ini memberi tumpuan untuk melatih bakal usahawan dan usahawan baharu dalam bidang keusahawanan meliputi proses memulakan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan jualan dan pemasaran, pengurusan operasi perniagaan dan pematuhan kepada aspek perundangan perniagaan termasuk pendaftaran perniagaan, integriti, percukaian dan lain-lain keperluan berkaitan. Untuk julung-julung kalinya Ujian Psikometri (MyNEPT) telah diperkenalkan untuk membantu bakal usahawan mengenali kecenderungan diri sendiri dan keperluan dari aspek kajian usahawan-usahawan yang berjaya.

40 program Kursus Asas Keusahawanan (KAK) bagi tahun 2020

Melalui pengalaman dan kajian keberkesanan kursus, KAK menyasarkan 60% peserta memulakan perniagaan setelah tamat latihan. Sebagai nilai tambah, peserta KAK juga mendapat pendedahan modul serta maklumat program pembangunan 2 kapasiti keusahawanan seperti bimbingan dan latihan, insentif berbentuk geran atau pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh agensi di bawah MED mahupun agensi keusahawanan lain.” jelas MED di dalam siaran media pada hari ini.

Dalam pada itu, MED turut menawarkan pelbagai kursus keusahawanan seperti kursus E-Usahawan untuk warga koperator, usahawan dan bakal usahawan di bawah IKM, Kursus Kewangan, Perakaunan, Kepimpinan & Sumber Manusia dan Strategi oleh Centre For Entrepreneur Development and Research (CEDAR), di bawah SME Bank dan juga Kursus Latihan dan Bimbingan Usahawan Muda / Belia di bawah MAGIC.

“Usahawan dan bakal usahawan dapat mencari program latihan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan mereka secara atas talian, dipautkan secara terus ke laman pendaftaran program mengikut agensi pelaksana masing-masing. Ini bagi memudahkan usahawan tempatan untuk mencari dan mengenalpasti program latihan yang ditawarkan oleh agensi di bawah MED sepanjang 2020” kata MED.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...