Home AM Ia bukan bersifat keagamaan dan bukan satu cara penyebaran agama – Jemaah Menteri
AMPendidikan

Ia bukan bersifat keagamaan dan bukan satu cara penyebaran agama – Jemaah Menteri

PUTRAJAYA 8 Januari 2020 – Berhubung dengan isu hiasan Perayaan Tahun Baharu Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1, Selangor yang dikatakan keterlaluan, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada Rabu, memandang serius tindakan pihak-pihak yang telah memainkan isu perkauman dan agama dengan membuat laporan polis.

Sumber Foto Facebook YB Gobind Singh Deo

Di dalam kenyataan akhbar, Pejabat Perdana Menteri berpendapat bahawa pemasangan hiasan tersebut bukan bersifat keagamaan dan bukan satu cara penyebaran agama, tidak seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Adalah merupakan satu perkara biasa untuk membuat hiasan bagi meraikan sesuatu acara perayaan seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan sebagainya.

Rakyat Malaysia adalah masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya dan meraikan bersama acara-acara seperti ini sejak bertahun-tahun dahulu. Kita perlu menghormati satu sama lain kerana perbezaan adat dan budaya dalam kalangan masyarakat adalah aset berharga bagi negara.” kata Pejabat Perdana Menteri.

Isu hiasan Perayaan Tahun Baharu Cina di sekolah tersebut mula mendapat perhatian orang ramai apabila media menyiarkan surat daripada Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang bertarikh 6 Januari 2020 yang ditujukan kepada pengetua sekolah tersebut dan mendakwa pemasangan hiasan tersebut adalah satu bentuk penyebaran dakyah agama lain di kalangan pelajar beragama Islam.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa dari hasil siasatan pihaknya mendapati tujuan pemasangan hiasan tersebut adalah bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi dan ia juga adalah sebagai persediaan oleh pihak sekolah yang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kaligrafi Cina Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 11 Januari 2020.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...

AMCuacaMY LNA

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 – Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu...