AMPendidikan @ My LNA

Urusan pengambilan pelajar ke IPTA : Tiada pihak ketiga pernah dilantik – KPM

97

PUTRAJAYA 7 Januari 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini menafikan pernah melantik mana-mana pihak ketiga bagi mewakili KPM dalam urusan pengambilan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Di KPM, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA@UPU) merupakan satu-satunya bahagian yang menyelaras permohonan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). KPM mengamalkan Prinsip Meritokrasi dengan mengguna pakai 90% Markah Akademik dan 10% Markah Kokurikulum dalam proses pemilihan pelajar ke IPTA. Untuk makluman, tiada jalan pintas bagi mendapatkan tempat melalui Permohonan UPUOnline.

Berdasarkan meritokrasi, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal tidak dinafikan peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA. Oleh yang demikian, kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang telah dipohon serta bilangan tempat yang disediakan.” jelas KPM di satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah KPM, di bawah permohonan UPUOnline terdapat 4 kumpulan laluan khas ke IPTA iaitu Kumpulan B40, Atlet, Orang Asli dan OKU. Walau bagaimanapun, kumpulan ini masih perlu melalui saringan pemilihan berdasarkan prinsip meritokrasi dengan hanya memenuhi syarat minimum kursus atau program yang ditawarkan.

“Sehubungan dengan itu, KPM menyeru orang awam supaya berhati-hati dengan tawaran-tawaran yang meragukan dan melaporkan kepada pihak berkuasa atas kemungkinan penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.” nasihat KPM.

Sila hubungi alamat dan talian berikut untuk sebarang pertanyaan :

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 8200
E-mel : upu@moe.gov.my
Laman Sosial : Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Twitter : @TWT_UPU
Instagram : @KEMASUKANBPKP

Semalam sebuah akhbar harian melaporkan bahawa sebuah syarikat perunding pendidikan yang berpangkalan di Negeri Sembilan memberi ‘jaminan’ kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara ini dan syarikat tersebut didakwa mengenakan caj ‘yuran proses’ sebanyak RM150.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...