AMNiaga @ My LNA

Sesi Menteri MED bersama PKS akan diadakan

140

PUTRAJAYA 7 Januari 2020 – SME Corporation Malaysia sebagai agensi yang mengkoordinasi agenda PKS bagi Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan menganjurkan satu sesi YB Menteri Pembangunan Usahawan Bersama PKS pada 21 Januari 2020.

Menurut MED di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, ia diadakan sebagai satu saluran untuk mendapatkan maklumbalas dan komen mengenai program-program pembangunan PKS negara.

“Sesi ini akan memberi peluang PKS untuk berdialog dengan Menteri Pembangunan Usahawan. Justeru, PKS dijemput menghubungi SME Corp. Malaysia untuk menempah tempat dalam sesi tersebut.” kata MED.

Dalam pada itu, MED juga mengganggap bahawa tahun 2020 memberikan ruang serta peluang terbaik untuk PKS menjangkau prestasi yang lebih daripada pencapaian sebelum ini.

Berdasarkan unjuran yang diumumkan semasa Belanjawan 2020, ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang pada 4.7% pada 2019 dan sedikit meningkat kepada 4.8% pada tahun 2020. PKS juga dijangka mendapat manfaat daripada Belanjawan 2020 yang memperuntukkan sejumlah RM13.1 bilion sebagai langkah-langkah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan memberi manfaat kepada perniagaan dan usahawan.

Perolehan kerajaan juga akan memberikan keutamaan kepada sumber barangan yang dibuat oleh PKS Malaysia sempena penganjuran mesyuarat dan program Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 di sepanjang tahun ini. Penganjuran APEC 2020 juga dijangka akan membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkatkan aktiviti pelancongan, sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, di mana PKS akan mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung.” jelas MED.

PKS juga dinasihatkan supaya meraih sepenuhnya manfaat digitalisasi dan teknologi terkini yang membolehkan transformasi proses perniagaan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tambah MED lagi, semoga hubungan yang erat di antara PKS dan kementerian akan terus terjalin bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan negara yang makmur dapat dicapai selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...