Home Kenyataan Media DOA ELAK MUSIBAH; DOA BUAT AUSTRALIA – ABIM
Kenyataan Media

DOA ELAK MUSIBAH; DOA BUAT AUSTRALIA – ABIM

Oleh ABIM Malaysia

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru kepada semua untuk sama-sama menadah tangan mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesabaran, kekuatan buat semua mangsa yang terlibat, dan semoga Allah Subhanahu wa-ta’ala mempermudahkan urusan bagi mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat.

Terdapat kira-kira 2.6% populasi masyarakat Muslim di Australia, dan mereka terlibat aktif menghulurkan bantuan menerusi solat sunat hajat, mengumpul dana, memasak untuk para anggota penyelamat serta menyumbang puluhan ribu botol air kepada mangsa yang terlibat, tanpa mengira agama.

Lebih 100 insiden kebakaran hutan berlaku di seluruh Australia sejak lewat Julai 2019 lalu, sekali gus memusnahkan lebih 5 juta hektar tanah, 4 juta hektar daripadanya di New South Wales sahaja. Ia turut memusnahkan 1,500 rumah dan menyebabkan 23 dilaporkan meninggal dunia.

Kira-kira 480 juta haiwan dianggarkan terkorban akibat kebakaran yang semakin marak di hampir seluruh Australia.

Dari Aban bin Osman, bahawa Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda:


“Sesiapa membaca ‘Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa la fis samaa’i wahuwas sami’ul alim’ (Maksudnya: ‘Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.”


(Hadis Riwayat Ahmad no. 497)

#DoaBuatAustralia
#PrayForAustralia

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

Kenyataan Media

Menteri KBS hadir di ICYSM

8 September 2022 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal...

Kenyataan Media

MERDEKA RIDE DAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 31 Ogos 2022

PUNCAK ALAM 31 Ogos 2022 – Kelab Bersekutu 2 Roda (KB2R) telah...