AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Kajian komprehensif mengenai Identiti Digital Nasional telahpun bermula sejak 21 November 2019

155

CYBERJAYA 6 Januari 2020 – Kajian komprehensif mengenai Identiti Digital Nasional telah pun bermula sejak 21 November 2019 di mana fokus utama kajian tersebut adalah analisis unsur tempatan, strategi pelaksanaan, sasaran model operasi, analisis kos, model ekonomi, teknologi dan pembolehdaya dasar dan aspek undang-undang.

Sumber foto Twitter Rasmi MCMC

Dalam pada itu, pasukan Petugas Kajian ID Digital Nasional yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Al-Ishsal Ishak, akan menyelia kajian berkenaan yang akan berjalan selama 30 minggu bagi mengesyorkan model pelaksanaan ID Digital untuk Malaysia.

Menurut Al-Ishsal, pasukan tersebut sedang mengambil pendekatan konsultatif dan kolaboratif terhadap kajian tersebut, dengan mengadakan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam mendapatkan pandangan mereka tentang kemungkinan kes-kes kegunaan bagi platform ID Digital Nasional.

“Ini mustahak untuk memastikan kepentingan pengguna menjadi keutamaan dalam merangka sebuah rangka kerja untuk rakyat Malaysia.” jelas Al-Ishsal.

Saranan Pasukan Petugas akan turut mengambil kira aspek-aspek seperti program-program ID Digital sedia ada di samping memanfaatkan kekuatan dan peluang, rangka kerja perundangan sedia ada, keselamatan, privasi dan etika.

“Pada masa kini, oleh sebab teknologi membentuk komponen penting dalam kehidupan kita, keperluan untuk platform ID Digital Nasional yang selamat, terjamin dan terlindung adalah mustahak dan menjadi satu cadangan yang menarik. ID Digital Nasional ini bertindak sebagai bukti kelayakan digital yang boleh dipercayai dan berperanan sebagai platform untuk pengesahan yang dapat meningkatkan kemudahan kepada pengguna dan penyertaan rakyat, menggalakkan keterangkuman, mengurangkan kos capaian kepada perkhidmatan dan menambahbaik penyampaian perkhidmatan yang berkaitan dengan transaksi secara dalam talian. Kami menjangka laporan akhir kajian ini akan siap pada 30 Jun 2020 dan saranan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk tindakan selanjutnya,” tambah Al-Ishsal.

Identiti Digital Nasional merupakan Platform Pengesahan yang dipercayai (verifiable platform of trust) yang bertujuan untuk mengesahkan identiti di internet atau identiti virtual seseorang individu di alam siber dan tidak bertujuan untuk menggantikan MyKad. Ia diilhamkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo pada Oktober 2018.

Susulan itu, persetujuan Jemaah Menteri telahpun dicapai pada 8 Mei 2019 untuk memulakan kajian komprehensif mengenai rangka kerja ID Digital Nasional dan mandat tersebut telah diberikan kepada MCMC supaya mengesyorkan model pelaksanaan dengan langkah-langkah selanjutnya untuk pelaksanaan ID Digital Nasional.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...