AM

Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS) 2019/2020 bermula hari ini – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

88

PUTRAJAYA 27 Disember 2019 – Kempen Imunisasi Polio Sabah 2019/2020 atau nama pendeknya KIPS 2019/20 akan dimulakan di Daerah Tuaran dan akan dilanjutkan ke seluruh Sabah secara berfasa di mana sasarannya adalah semua kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun yang warga negara dan juga bukan warga negara di semua daerah negeri Sabah dan mereka akan diberi imunisasi polio secara oral (oral polio vaccine – OPV).  Pemilihan OPV dalam membendung wabak polio ini adalah selaras dengan saranan dalam garispanduan antarabangsa iaitu Standard Operating Procedures: Responding to a Poliovirus Event or Outbreak.

Sumber foto Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Vaksin OPV ini akan membentuk antibodi dalam usus kanak-kanak. Virus polio yang memasuki badan melalui mulut, kemudian masuk ke perut dan usus akan dibunuh oleh antibodi dalam usus yang telah terbentuk hasil pemberian OPV. Proses ini akan membunuh virus polio sekiranya kanak-kanak dijangkiti.

Pemberian vaksin polio secara oral ini adalah selamat dan dapat memberi imuniti (perlindungan) kepada kanak-kanak terhadap jangkitan polio. Apabila liputan imunisasi OPV ini melebihi 95%, ia akan membentuk  imuniti kelompok yang dapat mengurangkan risiko penularan virus polio. Vaksin ini tidak akan diberi kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit dengan tahap imuniti rendah seperti leukaemia dan lymphoma, serta pesakit yang mengalami kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi. Pada masa yang sama, imunisasi rutin perlu diteruskan kepada kanak-kanak mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan di klinik-klinik kesihatan bagi memastikan perlindungan yang optimum kepada jangkitan polio dan lain-lain penyakit cegahan vaksin.” jelas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sumber foto Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Menurut beliau lagi, beberapa buah pasukan pemberi vaksin, melibatkan seramai 114 orang sukarelawan akan melaksanakan KIPS 2019/20 bermula hari ini di mana pasukan ini bertanggungjawab memberi maklumat kesihatan berkaitan polio dan memastikan ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak berumur bawah 5 tahun hadir ke program ini untuk mendapatkan imunisasi polio. 

“Lawatan rumah-ke-rumah untuk memberikan OPV kepada kanak-kanak yang layak akan dilaksanakan secara berfasa, bagi memastikan tiada kanak-kanak yang cicir imunisasi polio.

Pihak KKM berharap agar ibu bapa memberi kerjasama dan sokongan kepada KIPS 2019/20 dengan membenarkan anak-anak mereka mendapatkan dua (2) dos imunisasi OPV.” tambah Dr Noor Hisham lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa hanya dengan imunisasi sahaja akan dapat melindungi anak-anak dari dijangkiti virus polio dan mencegah mereka dari kelumpuhan kekal. Langkah pencegahan polio ini juga penting bagi Malaysia mendapatkan semula pengiktirafan negara yang bebas polio dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada 8 Disember 2019 yang lepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan tedapat kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut di mana kes tersebut melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital.  

Bayi tersebut telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina. Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).

Hasil siasatan KKM didapati bahawa sehingga 5 Disember 2019, di kawasan tempat tinggal bayi yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio. Kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992 dan pada Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...