Home AM Pencapaian Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) bagi tahun 2019
AMniaga

Pencapaian Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) bagi tahun 2019

PUTRAJAYA 27 Disember 2019 – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada hari ini mengeluarkan dokumen memaklumkan inisiatif-inisiatif dan program kementerian sebagai pencapaian yang telah dicapai bagi tahun 2019 yang bakal berakhir tidak lama lagi.

“Setelah penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada 2 Julai 2018 yang lalu dengan pewartaan 10 buah agensi dibawahnya, tercatat beberapa peristiwa penting. Sebagai sebuah Kementerian yang baru, Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) telah dilancarkan pada 11 Julai 2019 oleh YAB Perdana Menteri dan menjadi asas kepada pelaksanaan dasar dan program keusahawanan di Malaysia. 

Pelbagai program telah diatur dan dilaksanakan di bawah kepimpinan YB Menteri, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof serta timbalannya YB Datuk Wira Dr. Hatta Md Ramli. MED bertekad membantu dan memudahcara ekosistem keusahawanan ke arah mencapai Negara Keusahawanan menjelang 2030. ” jelas MED di dalam posting di Facebook rasmi Kementerian.

MED turut mengucapkan tahniah kepadawarga kerja MED yang diterajui oleh Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi, Ketua Setiausaha MED dan berharap agar tahun 2020 yang bakap menjelang tiba memberi lebih banyak peluang kepada MED untuk membantu usahawan-usahawan di luar sana dalam menceburi bidang keusahawanan dan mencipta kejayaan dalam semua industri yang berupaya menyumbang ke arah ekonomi mapan Negara.

Dokumen Pencapaian Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) bagi tahun 2019 tersebut boleh dimuat turun di SINI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...