AMPendidikan @ My LNA

Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 – KPM

91

27 Disember 2019 – Mulai 20 Januari 2020, Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama bagi tahun 2020 akan mula dilaksanakan. Program ini melibatkan 100 buah sekolah daripada dari seluruh negara dengan lebih kurang 37,000 orang murid dan 1,600 orang guru bertugas setiap hari dan waktu pelaksanaannya adalah antara jam 7.00 hingga 8.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan jam 1.00 hingga 4.00 petang bagi persekolahan sesi petang mengikut ketetapan pengurusan sekolah.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) di dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pelaksanaan PSP fasa pertama akan menggunakan menu makanan berkonsepkan Grab ā€˜nā€™ Go yang terdiri daripada menu minuman produk tenusu/minuman berkhasiat dan makanan ringkas seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih, sandwich, buah-buahan atau telur rebus .Kos pelaksanaan fasa pertama program ini dianggarkan sebanyak RM22 juta.

“Pemilihan 100 buah sekolah dalam pelaksanaan fasa pertama dilaksanakan berdasarkan kepada keutamaan yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai peratus tertinggi murid dari golongan B40 di setiap negeri dan turut mengambil kira semua jenis sekolah iaitu SK, SJKC, dan SJKT. Pemilihan sekolah juga adalah berkadar dengan jumlah bilangan sekolah yang melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dalam setiap negeri yang meliputi semua lokasi iaitu bandar, luar bandar dan pedalaman.

Pelaksanaan ini juga turut mengambilkira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memperuntukkan seorang Pegawai Sains Pemakanan bagi setiap daerah untuk memberi khidmat nasihat kepada sekolah berkaitan menu PSP. Walau bagaimanapun, kebenaran daripada ibu bapa diperlukan bagi mendapatkan persetujuan dan maklumat penting kesihatan murid seperti alahan kepada makanan tertentu supaya menu alternatif dapat disediakan.” jelas KPM.

Tambah KPM, pihaknya juga sedang merancang supaya program ini diperluaskan kepada semua 7,776 sekolah rendah dan ia dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 2.7 juta murid di seluruh negara dan ini bergantung kepada peruntukan yang diterima dan kesediaan pihak kantin dan sekolah. Pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan oleh KPM dengan kerjasama KKM supaya makanan yang dibekalkan adalah berkualiti kepada murid-murid bagi mencapai impak yang disasarkan

“PSP di sekolah rendah merupakan inisiatif terbaharu KPM untuk menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran mereka.” kata KPM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...