Home MY LNA AM Isu Rakan Siswa YADIM : Bukan langkah Islamisasi – KPM
AMPendidikan @ My LNA

Isu Rakan Siswa YADIM : Bukan langkah Islamisasi – KPM

PUTRAJAYA 24 Disember 2019 – Berhubung dengan isu penularan Surat Kebenaran Rakan Siswa YADIM Menjalankan Aktiviti Dakwah di Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 27 November 2019 melalui media sosial, KPM ingin menegaskan bahawa ia bukannya langkah Islamisasi seperti yang disangka oleh pelbagai pihak.

Sumber Foto Facebook

“KPM ingin memaklumkan bahawa surat tersebut merupakan dokumen pentadbiran antara KPM dengan institusi pendidikan untuk menggalakkan program kepimpinan dalam kalangan murid.

Kebenaran untuk menjalankan aktiviti Rakan Siswa YADIM adalah tertakluk kepada kebenaran institusi/sekolah dan terhad kepada murid beragama Islam yang mahu terlibat secara sukarela.” jelas KPM di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut KPM lagi, aktiviti ini bukannya langkah Islamisasi dan tidak melibatkan murid bukan Islam serta sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah mubaligh.

“KPM memberi jaminan bahawa Rakan Siswa YADIM bertanggungjawab mematuhi peraturan sedia ada dan prinsip kebebasan beragama bagi murid bukan Islam. Pihak sekolah juga diminta memantau dan memastikan aktiviti tersebut tidak sama sekali melibatkan murid yang bukan beragama Islam” tambah KPM.

Isu Surat Kebenaran Rakan Siswa YADIM Menjalankan Aktiviti Dakwah di Sekolah telah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuklah aktivis terkenal Siti Kassim. Di dalam posting beliau di Facebook pada tarikh 21 Disember yang lepas, secara sinis Siti Kassim mencadangkan agar nama Kementerian Pendidikan Malaysia ditukar kepada Kementerian Pendidkan Arab atau Kementerian Dakwah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...

AMMY LNAUTAMA

Intipati Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berkongsikan intipati Kenyataan Negara yang...

AMMY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN jamin bantu KPM lakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh negara – Armizan

RAUB, 23 September 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...