AMKenyataan Media

KONGRES JAWI DIGESA TANGGUH – MUJAHID

143
Gambar Fail

Isu tulisan Jawi tidak kunjung reda walaupun bantahan dibuat oleh GERAKAN di Mahkamah ditolak dan Mahkamah menetapkan keputusan bahawa mengajar Jawi tidak bercanggah secara perlembagaan.

1. Setiap kita akan tertanya mengapakah ada pihak yang tetap berkeras untuk memanjangkan isu tulisan Jawi melalui bantahan berterusan?

2. Logik pembelajaran Jawi tersebut yang dikatakan ‘mahu mengislamkan pelajar bukan Islam sangat terhad sekadar untuk memperkenalkan warisan budaya dan sejarah negara. Mengapakah Jawi dijadikan masalah negara?

3. Pihak yang menentang sepatutnya bersikap lebih terbuka dengan menghormati sentimen kerana tindakan mengadakan bantahan melalui kongres dan ssbagainya akan mendapat reaksi negatif daripada yang menyokongnya.

4. Atas reaksi spontan yang lebih memudaratkan inilah maka satu keputusan penuh berhikmah perlu dibuat.

5. Eloklah dibawa bincang dan kembali ke meja rundingan. Saya menggesa pihak yang mahu meneruskan kongres ini agar menangguhkan dahulu bagi memberi ruang berdialog untuk mencari titik persetujuan bersama.

6. Semua kita perlu mengambil tanggungjawab untuk mencapai kata persetujuan demi kepentingan negara.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)
25/12/2019

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...