AM

Projek rintis Diversion

75

PUTRAJAYA 16 Disember 2019 – Projek rintis Diversion di tiga lokasi iaitu di daerah Sepang, Seremban dan Port Dickson akan dimulakan mulai 16 Disember 2019 selama 2 tahun. Projek tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan sokongan teknikal daripada UNICEF Malaysia dan kerjasama Jabatan Peguam Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gambar Hiasan

Menurut ,YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, konsep Diversion merupakan pendekatan alternatif untuk mengendalikan kanak-kanak berumur bawah 18 tahun yang telah melakukan jenayah dengan menekankan perlindungan dan pemulihan dan ia dilaksanakan bagi kesalahan tertentu berdasarkan kepada ‘case-by-case basis’ dalam bentuk pemberian amaran atau intervensi tanpa perlu melalui prosiding Mahkamah.

” Ia selaras dengan komitmen Kerajaan untuk mengutamakan kebajikan kanak-kanak (best interest of the child) seperti yang dinyatakan dalam Dasar Kanak-Kanak Negara dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (United Nations Convention on the Rights of the Child).

Pendekatan Diversion telah dilaksanakan lebih daripada 20 tahun yang lalu di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang lain. Dalam tempoh 10 tahun yang lepas, Diversion juga telah dimulakan di negara-negara ASEAN kecuali Malaysia. Pada 11 September 2019, Kerajaan dalam mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan secara rintis di Malaysia.
 
Berdasarkan pada data yang direkodkan PDRM sejak tahun 2015, sebanyak 67% hingga 69% daripada kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang boleh dikategorikan sebagai berisiko rendah dan sederhana yang melibatkan kes jenayah harta benda. Bagi memastikan keberkesanan projek rintis Diversion ini dan kepentingan awam serta kanak-kanak diseimbangi, pegawai JKM, JPN dan PDRM yang terlibat telah diberi latihan untuk mengendalikan kes-kes Diversion.” kata Dr. Wan Azizah.

Tambah beliau lagi, pelaksanaan Diversion di negara lain telah terbukti dapat mengurangkan kadar kesalahan berulang (recidivism), mengurangkan trauma dan kesan psikologi negatif daripada proses kehakiman sedia ada, mengurangkan stigma akibat proses kehakiman sedia ada dan tahanan; dan membantu pemulihan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat.

Dr. Wan Azizah juga menyatakan bahawa KPWKM berharap projek rintis ini akan diperluaskan pelaksanaannya secara menyeluruh pada masa akan datang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...