AM

Kad Laporan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2019

325

PUTRAJAYA 16 Disember 2019 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada hari ini mengeluarkan Kad Laporan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2019 bagi memaklumkan kepada rakyat Malaysia mengenai inisiatif dan pencapaian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub sepanjang tahun 2019.

Inisiatif dan pencapaian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang dilaporkan adalah :

  1. Melancarkan hala tuju Kementerian bagi tempoh 2019 – 2020 di mana 5 halatuju ditetapkan menjadi keutamaan dan strategi dalam langkah meningkatkan pendapatan golongan peladang, penternak dan nelayan di negara ini. Lima hala tuju tersebut adalah memodenkan dan meningkatkan pengeluaran pertanian, merancak penglibatan pelaburan swasta, pertanian sebagai satu sumber pendapatan, menambak baik ekosistem industri pertanian dan memperkukuh struktur organisasi di bawah MOA.
  2. Merintis kolaborasi antara kementerian melalui Operasi Naga mulai April 2019 bertujuan mengawal pencerobohan nelayan asing yang telah mengakibatkan ketirisan hasil laut sebanyak RM6 bilion setahun.
  3. Mentransformasikan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui perubahan komposisi Ahli Jemaah Pengarah di peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan NAFAS dengan mewartakan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 bagi memperkukuhkan tadbir urus NAFAS.
  4. Meminda Akta Perikanan 1985.
  5. Menjaga kebajikan nelayan dengan meningkatkan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN).
  6. Memperkenalkan program Rezeki Tani dengan memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan latihan.
  7. Memperluaskan pasaran durian dan nanas ke China.
  8. Melancarkan kerjasama strategik skim mikro pinjaman Agro Nisaa’-i bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).
  9. Membangun dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian melalui penerusan Geran Agropreneur Muda dengan memberi bantuan kepada setiap peserta dalam bentuk geran.
  10. Memperkenalkan beberapa teknologi/varieti baka baru seperti klon baharu belimbing ‘Bintang Mas’ , baka kambing kacukan Boer-Katjang ‘BK’ dan padi hibrid pertama negara ‘Kadaria 1’.
  11. Meneruskan penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan yang bertujuan untuk menghargai sumbangan golongan ini yang menjadi penyumbang utama makanan negara.
  12. Melaksanakan program Bazaar Peduli Rakyat bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
  13. Memperkenalkan Ezi myGAP sebagai langkah mengurangkan kerenah birokrasi tanpa berkompromi dengan kualiti dan keselamatan makanan.
  14. Meneroka potensi penanaman padi yang lebih berkualiti dan bernilai tinggi melalui projek rintis penanaman padi pulut di Pulau Langkawi.
  15. Mengurangkan penglibatan orang tengah dalam rantaian pemasaran bagi menjamin harga berpatutan melalui Pemerkasaan 129 pasar nelayan yang melibatkan seramai 558 usahawan nelayan, Pelancaran NekmatBiz.com.my, sebagai platform penjualan ikan dan produk berasaskan ikan secara online dan Pembangunan Agromall Puchong sebagai satu kompleks pemasaran produk hasil pertanian.
  16. Memperkenalkan program Jom Kongsi Rezeki yang bertujuan mengumpul sumbangan produk makanan yang diadakan di tapak Bazaar Peduli Rakyat dan Pasar Tani. Sumbangan yang dikumpulkan akan diagihkan kepada golongan sasar yang terdiri daripada golongan B40.

Berikut adalah video Kad Laporan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2019 :

https://youtu.be/W0IBNfvtwGU

Kad Laporan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani boleh didownload di SINI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...