AM

Rasionalisasi badan pengawalseliaan penerbangan awam di bawah satu entiti

169

PUTRAJAYA 12 Disember 2019 – Kementerian Pengangkutan pada hari ini megeluarkan kenyataan media memberi penjelasan mengenai badan kawal selia industri penerbangan Malaysia dirasionalisasi dan diletakkan di bawah satu entiti. Ini berkaitan dengan keputusan Kerajaan semalam akan membubarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan fungsi-fungsi utama MAVCOM akan dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menurut Kementerian, inisiatif ini bukan sahaja dapat mengoptimumkan sumber manusia dan kewangan sedia ada, malah ia dapat meningkatkan kecekapan tadbir urus serta kualiti penyampaian perkhidmatan. Ia juga selari selari dengan hala tuju dasar semasa Kerajaan dalam merasionalisasi sektor awam terutamanya bagi meningkatkan efisiensi dan kecekapan sistem penyampaian agensi Kerajaan.

“Pada masa yang sama, inisiatif ini dapat mendorong perkembangan industri penerbangan awam supaya lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kerajaan komited dalam memastikan pembangunan sektor penerbangan awam yang moden, mampan, selamat dan efisien selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030.

Rasionalisasi ini akan melibatkan beberapa perubahan dari segi perundangan antara lain, pemansuhan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] serta pindaan terhadap Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 [Akta 788]. Pemansuhan Akta 771 akan membolehkan fungsi-fungsi MAVCOM kelak dipindahkan kepada CAAM.” jelas Kementerian.

Kementerian juga menjelaskan bahawa sebahagian besar perjawatan di MAVCOM yang melibatkan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu akan dipindahkan di bawah CAAM. Selanjutnya Kementerian akan menstrukturkan organisasi CAAM baharu bagi memastikan proses rasionalisasi berjalan dengan lancar dan dengan itu Kementerian akan mengadakan perbincangan terperinci dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Peguam Negara mengenai struktur, fungsi, bidang kuasa, implikasi perjawatan, kewangan dan perundangan.

“Pewujudan satu entiti pengawalseliaan penerbangan awam yang komprehesif kelak akan menggalakkan perkembangan industri penerbangan negara di samping memperkasakan peranan serta profil Malaysia di platform antarabangsa.” kata Kementerian di akhir kenyataan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...