Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

REALME Malaysia lancar model siri ke 5, REALME 5s

82

PETALING JAYA 12 Disember 2019 – Pelancaran rasmi realme 5s pada hari ini oleh realme Malaysia merupakan penambahan ahli keluarga kepada siri kelima realme. realme 5s dengan 48MP AI Quad Camera dan juga bateri berkapasiti 5000mAh adalah tawaran berkelas flagship dengan kualiti fotografi definisi ultra tinggi dan prestasi bateri yang gagah. Berbanding dengan produk sebelumnya iaitu realme 5, 48MP AI quad-kamera yang baru dinaik taraf boleh mengambil gambar 4 kali lebih jelas, menggunakan sensor ISOCELL GM1 dengan resolusi setinggi 8000×6000.

Dari Kiri : Cik Tiffany Teh, Cik Foo Li Meow, En Huang Hao dan En KC Har

“Sejak pelancaran siri kelima realme baru-baru ini, ianya diterima baik rakyat Malaysia dan kita juga mendapat banyak maklum balas positif.  Paling menjadi tumpuan bagi siri realme 5 adalah ia merupakan produk pertama dalam julat harganya dengan ciri quad kamera. Untuk kali ini, kami melihat realme 5s sebagai satu lonjakan ke hadapan bagi segmen harganya, dengan reka bentuk yang menarik juga prestasi yang diidamkan pengguna,”kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

Dalam tetapan yang terang, kamera realme 5s ini boleh merakam gambar dengan terperinci, kelihatan semula jadi dan jelas walaupun ketika zooming atau cropping. realme 5s juga menyokong fungsi pengimejan inovatif yang lain, termasuk Super Nightscape 2.0 dan ChromaBoost. Ciri-ciri ini digabungkan dengan teknologi AI dan ISP yang ditingkatkan (Image Signal Processor) dan Spectra 165.

Kelebihan realme 5s adalah dapat merakam video resolusi 4K melalui sudut ultra 119°. Selain itu, ia juga menyokong video perlahan dalam 240fps dan resolusi 720P di mana ia membolehkan pengguna mengambil gambar dan video seperti seorang profesional dengan mudah.

realme 5s ini juga dikuasakan oleh cip pemproses 11nm Qualcomm Snapdragon 665 dengan bateri sebesar 5000mAh memastikan prestasi yang utuh dan jangka bateri yang hebat. Bagi skrin, realme 5s didatangkan dengan skrin sebesar 6.5-inci, memberikan pengalaman tontonan video dan permainan yang lebih baik. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member