Home Kenyataan Media Hanya seorang rakyat Malaysia terlibat dalam bencana letusan gunung berapi di White Island, New Zealand
Kenyataan Media

Hanya seorang rakyat Malaysia terlibat dalam bencana letusan gunung berapi di White Island, New Zealand

PUTRAJAYA 12 Disember 2019 – Kementerian Luar Negeri pada hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa setelah menerima pengesahan daripada Pusat Koordinasi Kecemasan, Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) New Zealand didapati hanya seorang warganegara Malaysia yang terlibat dalam bencana letusan gunung berapi di White Island, New Zealand pada 9 Disember 2019.

Sumber Foto Euronews

Mangsa adalah seorang pemegang taraf Pemastautin Tetap Australia dan sedang dalam keadaan kritikal dan dia akan dipindahkan ke Sydney, Australia untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa dijadualkan untuk dipindahkan ke Sydney pada hari Jumaat, 13 Disember 2019. Walau bagaimanapun, urusan penghantaran mangsa ke Australia adalah bergantung kepada penilaian pihak Hospital Christchurch ke atas keadaan beliau.” jelas Kementerian di dalam kenyataan tersebut.

Pada Isnin lepas, Gunung berapi White Island yang popular dalam kalangan pelancong meletus secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada ramai pengunjung. Menurut laporan media New Zealand, letusan gunung berapi di pulau yang juga dikenali sebagai Whakaari itu berlaku sekitar jam 2.15 petang.

Pada tahun 2016, Gunung berapi tersebut pernah meletus buat seketika dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada para pengunjung.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...