Home Pendidikan Dr. Maszlee terima anugerah Doktor Kehormat daripada Universiti Shukutoku
Pendidikan

Dr. Maszlee terima anugerah Doktor Kehormat daripada Universiti Shukutoku

5 Disember 2019 – Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik hari ini dianugerahkan Doktor Kehormat daripada Universiti Shukutoku, Chiba, Jepun di mana penganugerahan tersebut sebagai menghargai sumbangan beliau dalam meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Jepun di dalam bidang pendidikan.

Dari kiri Chancellor Universiti Shukutoko. President Universiti Shukutoko, Dr. Maszlee Malik dan Mayor Itabashi City
Foto kredit kepada UKK KPM

Sebelum itu, Dr. Maszlee telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Universiti Shukutoku sebagai usaha mengeratkan lagi jalinan kerjasama negara Malaysia dan Jepun.

Foto kredit kepada UKK KPM

“Universiti Shukutoku mempunyai objektif yang sama dengan Malaysia dalam melaksanakan kebajikan sosial melalui konsep Pendidikan Untuk Semua dan Pendidikan Inklusif.

Di Malaysia, idea untuk merealisasikan kebajikan sosial dilakukan melalui konsep kemanusiaan dalam pendidikan untuk kelestarian generasi.” jelas Dr Maszlee di dalam ucapannya.

Dr. Maszlee turut menyatakan bahawa beliau dapat melihat persamaan di antara visi Jepun dan Malaysia iaitu Masyarakat 5.0 di mana visi tersebut menyasarkan kepada peningkatan kualiti hidup dan mencipta nilai baharu bagi Malaysia di masa hadapan. Tambah beliau perkongsian strategik di antara Malaysia dan Jepun adalah platform penting yang mampu menyediakan hala tuju polisi, cadangan dan pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk Pendidikan Tinggi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPendidikan

KPM teliti cadangan kembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari

24 Mei 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk...

AMHighlightsMY LNAPendidikanSekuriti Makanan

UM Selamatkan Lebih 785kg Makanan dan diagihkan kepada yang memerlukan

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2023 : 21 sukarelawan Universiti Malaya telah menjalankan program MYSAVEFOOD@Ramadan...

AMHighlightsMY LNAPendidikan

300 Staf Dan Pelajar Bertadarus Dan Iftar Di Dewan Tunku Canselor UM

KUALA LUMPUR, 13 April 2023 – Seramai 300 peserta yang terdiri daripada...

AMMY LNAPendidikan

Kolej Komuniti Selayang Hayati 10 Hari Terakhir Ramadhan Dengan Quran Hour

Selayang, 13 April 2023 – Gemaan bacaan Surah Al-Insan secara hibrid yang diketuai...