Alam Sekitar @ MY LNAAMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Tiga jurutera wanita terajui MESTECC!

203

PUTRAJAYA 29 November 2019 – YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir telah diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mulai hari ini.

Dari kiri : YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, YB Puan Yeo Bee Yin dan YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah .
Foto kredit kepada MESTECC

Menurut MESTECC di dalam kenyataan yang dikeluar tadi pelantikan YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah yang mempunyai kelulusan PhD dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University of Leeds, United Kingdom, Sarjana Kejuruteraan Sains, Universiti of Lowell, Massachusetts, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari New England College, Amerika Syarikat ini adalah bagi menggantikan YBhg. Datuk Seri Dr. Azhar bin Haji Yahaya yang bersara pada 6 November 2019 yang lalu.

” YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak Januari 2017. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM pada tahun 2013 dan Timbalan Ketua Pengarah (IPTS) dari tahun 2009. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mulai 2006 hingga 2009. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di UTM pada tahun 1987.

Foto kredit kepada MESTECC

Dengan pelantikan YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah, MESTECC kini diterajui oleh tiga orang wanita berlatarbelakangkan kejuruteraan iaitu YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri MESTECC yang mempunyai Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Universiti Cambridge, manakala YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri pula merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Elektrik dan Elektronik dari Universiti Malaysia Sabah dan kini sedang di peringkat akhir menyiapkan disertasi Sarjana Minyak dan Gas di universiti yang sama.” terang MESTECC di dalam kenyataan tersebut.

MESTEC juga yakin bahawa pelantikan YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah bersama gabungan YB Menteri dan Timbalan Menteri akan dapat melonjakkan agenda sains dan teknologi negara ke tahap yang lebih tinggi serta memperkasakan visi kemampanan tenaga kelestarian alam sekitar dan tindakan perubahan iklim sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...