Home AM Kedai Rasmi DesaAuto@KPLB di platform Shopee selamat dilancarkan
AMniaga

Kedai Rasmi DesaAuto@KPLB di platform Shopee selamat dilancarkan

KUALA LUMPUR 28 November 2019 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun telah menyempurnakan pelancaran Kedai Rasmi DesaAuto@KPLB di platform Shopee dan beliau juga telah menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Kolaborasi antara syarikat ELokal Sdn. Bhd. dan Shopee di satu majlis yang diadakan di sini semalam.

Sumber foto Facabook rasmi Menteri Pembangunan Luar Bandar

Menurut Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, DesaAuto@KPLB dijangka akan memberi manfaat dalam meningkatkan nilai jualan dan memperluaskan pasaran usahawan KPLB yang terlibat dalam industri automotif, bukan sahaja di pasaran tempatan malahan ke negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Taiwan.

“DesaAuto@KPLB juga akan meningkatkan kebolehcapaian pengguna aktif platform Shopee di seluruh dunia ke atas produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan-usahawan automotif KPLB. Pelancaran DesaAuto@KPLB ini juga akan membantu merealisasikan aspirasi program Rural to Global KPLB untuk mengetengahkan produk-produk usahawan luar bandar ke peringkat antarabangsa. 

Sumber foto Facabook rasmi Menteri Pembangunan Luar

Melalui pelancaran Kedai Rasmi DesaAuto@KPLB di platform Shopee, program DesaMall@KPLB telah melangkah setapak ke hadapan dalam usaha membantu usahawan luar bandar memperluaskan pasaran produk secara atas talian menerusi platform e-Dagang. ” jelas KPLB.

Tambah KPLB, perjanjian Kolaborasi antara syarikat ELokal Sdn. Bhd. dengan pihak Shopee merupakan kesinambungan daripada Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani oleh kedua belah pihak dan pelancaran Kedai Rasmi DesaMall@KPLB di platform Shopee,  pada 20 Oktober 2019 semasa Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...