AM

Respons MED terhadap laporan PAC berhubung isu dana disalur ke firma pembangun ‘kereta terbang’

71

PUTRAJAYA 28 November 2019 – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) tampil memberikan maklum balas terhadap Laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) Parlimen Keempat Belas Berhubung Pembangunan Air Mobility di bawah MED, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Industri (MITI) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut MED melalui kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, dana sebanyak RM20 juta yang diluluskan oleh kerajaan pada 9 Ogos 2019 yang disebut di dalam laporan PAC tersebut sebenarnya adalah dana yang diperuntukkan bagi membangunkan inovasi dan penyelidikan dan pembangunan Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP) serta DreamEdge dan MIGHT dilantik sebagai peneraju NNCP dan pemilihan dibuat berdasarkan kepakaran syarikat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kemampuan pembangunan teknologi baharu berkaitan automotif dengan kerjasama Daihatsu sebagai technology solutions partner. Dari situ boleh dilihat bahawa dana tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembangunan projek dron dan kereta terbang/ super drone (air mobility) yang dibangunkan oleh syarikat Aerodyne di mana MED sendiri tidak mempunyai peruntukan dan kuasa untuk meluluskan dana bagi tujuan pelaburan dalam sebarang projek dron.

” Pada 5 Mac 2019, Kementerian telah melawat syarikat Aerodyne Group bagi melihat perkembangan projek-projek dron hasil dari teknologi dron yang berasaskan Artifical Intelligence, Data Analytics, Turnkey Application yang dibangunkan oleh kepakaran rakyat Malaysia. Kini, syarikat Aerodyne berada di kedudukan ketiga dunia berdasarkan laporan Drone Industry Insights.

Selain perkembangan industri dron, syarikat telah membentangkan cadangan pembangunan kenderaan air mobility yang mempunyai fungsi seperti vertical take off, dikuasai oleh elektrik dan interchangeable payload. Pembangunan kenderaan air mobility ini akan mengaplikasikan sistem yang dibangunkan sendiri oleh syarikat tersebut. ” jelas MED.

Menurut MED lagi Aerodyne telah mempamerkan Vector, kenderaan air mobility dalam bentuk scale model sempena penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) pada 25 – 29 Mac 2019 dan pada 20 Disember 2018 Majlis Pembangunan Negara (MPN) telah mengenal pasti Cyberjaya sebagai platform test-bed untuk menguji teknologi dan inovasi baharu termasuk autonomous, drone dan air mobility.

“Kementerian telah mengadakan penyelarasan untuk membincangkan hala tuju dan keperluan industri Air Mobility bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain daripada itu, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan sesi libat urus pada 5 September 2019 bersama agensiagensi pelaksana untuk merangka dasar, perlesenan dan garis panduan bagi memastikan kelancaran pembangunan ekosistem industri air mobility.

Projek ini akan diterajui oleh sektor swasta dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat tempatan. Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kerajaan dan oleh itu, ianya tidak dibawa ke peringkat MPN atau Mesyuarat Jemaah Menteri kerana tidak memerlukan sebarang keputusan Kerajaan.” tegas MED.

Mengulas lanjut MED menerangkan bahawa Kementerian tersebut hanya sekadar memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam pembangunan ekosistem industri dan projek dron tersebut diterajui dan dibiayai sepenuhnya oleh Aerodyne Group. MED juga turut bekerjasama dengan lain-lain syarikat dalam sektor yang sama. Maka projek ini bukanlah projek nasional seperti NNCP dan MED hanya berperanan menyokong dan memudah cara pembangunan usahawan PKS yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) – di bawah Teras Strategik 5 untuk memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.

“Kementerian Pembangunan Usahawan telah dijemput menghadiri prosiding berhubung Pembangunan Projek Air Mobility pada 14 Mei 2019 oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan telah memaklumkan kepada PAC beberapa perkara seperti perkembangan semasa dan justifikasi projek Air Mobility dan pembangunan prototaip Air Mobility serta hak milik intelektual termasuk reka bentuk dan perisian Air Mobility adalah di bawah tanggungjawab syarikat yang membangunkan projek tersebut, termasuk kos berkaitan di mana pihak Kementerian tidak membelanjakan sebarang peruntukan.

Kementerian ingin menegaskan bahawa tiada keperluan supaya Kementerian menjalankan audit kewangan dan harta intelek ke atas syarikat Aerodyne Group kerana projek ini bukanlah merupakan perolehan Kerajaan yang biasa dijalankan. Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kementerian dan Kementerian tidak akan menanggung sebarang kerugian sekiranya projek ini tidak berjalan seperti yang dirancang.” maklum MED terhadap syor dari PAC.

Tambah MED, pihaknya sedang menyediakan maklum balas yang lengkap terhadap rumusan dan cadangan PAC berkaitan dengan Air mobility tetapi maklumat yang dikemukakan oleh kementerian tersebut adalah berdasarkan maklumat yang berada dalam kementerian manakala maklumat berkenaan tindakan agensi lain akan dilihat kembali oleh pihak kementerian.

“MED akan sentiasa menjalinkan kerjasama secara berterusan dengan pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi mencapai objektif yang disasarkan di bawah DKN 2030. Walaupun begitu, usahawan-usahawan yang ingin menceburi industri tersebut haruslah akur dan memahami peraturan dan undang-undang sedia ada dan sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di negara ini terhadap proses penguatkuasaan dan pemantauan sebarang aktiviti berkaitan.” jelas MED di akhir kenyataan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...