Home MY LNA AM Malaysia dan Australia meterai perjanjian usaha sama penerbitan filem – Gobind
AMMuzik dan Hiburanniaga

Malaysia dan Australia meterai perjanjian usaha sama penerbitan filem – Gobind

29 November 2019 – Menteri Luar Negeri Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah dan Menteri Luar Negeri Australia, TYT Senator Marise Payne, mewakili negara masing-masing telah menandatangani perjanjian usaha sama penerbitan filem (co-production) hari ini.

Dari kiri YB Dato’ Saifuddin Abdullah dan Senator Marise Payne . Foto-foto kredit kepada KKMM

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ia merupakan suatu inisiatif yang baik kerana ia boleh membantu industri kreatif negara serta membuka lebih banyak peluang dan ruang perniagaan baharu untuk penggiat-penggiat industri negara dengan Australia dan negara-negara lain yang berkaitan di masa hadapan.

Foto-foto kredit kepada KKMM

Tambah beliau perbincangan usaha sama ini yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah bermula sejak 2007, namun tiada sebarang persetujuan rasmi dicapai sehingga kini. Setelah kerajaan baharu mengambil alih langkah-langkah yang perlu telahpun diambil untuk menjayakan inisiatif ini. Melalui perjanjian usaha sama ini, industri filem tempatan akan mendapat banyak faedah dan antaranya produksi daripada Malaysia akan dianggap sebagai produk tempatan Australia dan dengan itu boleh menembusi pasaran negara-negara lain yang telah menandatangani perjanjian dengan Australia.

” Sehingga kini, Australia telah mengadakan perjanjian usaha sama penerbitan filem dengan beberapa buah negara seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman, United Kingdom dan lain-lain. Ianya juga akan membolehkan kerjasama kukuh yang akan membantu dalam peningkatan kuantiti dan kualiti penerbitan usaha sama antara kedua-dua negara. Di samping itu, ia juga membantu pembangunan kemahiran kepada produksi tempatan menerusi perkongsian kepakaran.

Bukan setakat itu sahaja, inisiatif ini juga dapat mengurangkan risiko kerugian melalui perkongsian kos produksi oleh penggiat-penggiat kedua-dua negara. Perjanjian usaha sama ini dijangka boleh menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan melalui peningkatan peluang pekerjaan serta pendapatan kepada syarikat-syarikat produksi dan perkhidmatan sokongan produksi seperti syarikat sewaan peralatan, industri perhotelan, syarikat caterer dan sewaan kenderaan pengangkutan. Ia juga memberi manfaat yang sama kepada industri sokongan lain yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri perfileman negara kita.” terang Gobind.

Gobind juga menjangkakan kerjasama ini membolehkan pertukaran budaya dan kreativiti di antara kedua-dua negara melalui pendedahan serta peluang kepada para karyawan Malaysia di mana mereka boleh menonjolkan bakat masing-masing menerusi lakonan, pengarahan, penulisan skrip, penyuntingan dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan industri. Di samping itu beliau menyatakan perjanjian ini juga akan mengambil kira mekanisme dan fasiliti layanan percukaian yang sedia ada di antara kerajaan Malaysia dan Australia, dan akan melibatkan aspek undang-undang dan peraturan sedia ada negara dalam aspek urusan imigresen antara kedua-dua negara, pengimportan dan eksport peralatan perfileman dan urusan mendapatkan kebenaran penggambaran.

“Saya menyambut baik pemeteraian persetujuan usaha sama antara Malaysia dan Australia ini. Saya berharap ia akan bantu menjana hasil yang lebih produktif dan bermakna untuk Malaysia dan Australia dalam industri perfileman kedua-dua negara.

Selain daripada perjanjian usaha sama dengan Australia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kini sedang berbincang dengan beberapa negara lain untuk melihat bagaimana kita boleh bekerjasama untuk memperkukuhkan lagi industri perfileman negara di peringkat global di masa hadapan.” kata Gobind di akhir kenyataan media beliau tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Gaya Hidup @ My LNAMuzik dan HiburanMY LNA

Anugerah Lagu Indie Kembali Untuk Musim Ke-4 Dengan Nafas Baru

Puchong, 7 Disember 2023 – Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali untuk musim...

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember – Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Berpada-padalah dalam kisah rumahtangga

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Kisah poligami telah menimbulkan gelojak...