AMNiaga @ My LNA

Saifuddin Abdullah ketuai delegasi Malaysia ke AFMM di Australia

152

PUTRAJAYA 28 November 2019 – Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan ke Australia dari 29 November hingga 2 Disember 2019. Semenjak memegang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara tersebut.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri hari ini, Saifuddin akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, PYT Senator Marise Payne dan mengetuai delegasi Malaysia ke Annual Foreign Ministers’ Meeting ke-2 (AFMM) pada 29 November 2019 di Sydney. Saifuddin dan Payne akan berbincang bagi memperkembangkan kerjasama antara kedua-dua negara selaras dengan Deklarasi Bersama Perkongsian Strategik dan satu kenyataan bersama mengenai hasil AFMM ke-2 akan dikeluarkan di akhir mesyuarat.

” Setelah tamat AFMM, kedua-dua Menteri dijadualkan untuk menandatangani Perjanjian Usaha Sama Penerbitan Filem antara Kerajaan Malaysia dan Australia. YB Menteri selanjutnya akan menghadiri sesi meja bulat di Institut Lowy bagi menerangkan Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu.
 
YB Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya bagi Diskriminasi Kaum, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan wakil-wakil pertubuhan masyarakat sivil (CSO) Australia di Melbourne. ” jelas Kementerian di keyataan media tersebut.

Menurut Kementerian lagi, Saifuddin turut dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakyat Malaysia yang bermastautin danpeneraju-peneraju industridi Sydney dan Melbourne.

Australia merupakan rakan kongsi yang akrab dan penting kepada Malaysia di mana pada tahun 2018 menyaksikan jumlah dagangan adalah bernilai USD 13.64 bilion, menjadikan Malaysia rakan dagang ke-8 terbesar Australia manakala bagi tempoh Januari hingga September 2019, jumlah dagangan direkodkan pada USD 8.18 bilion. Di samping itu sebanyak 547 pelaburan dari Australia bernilai USD 7.46 bilion telah diluluskan di Malaysia, manakala pelaburan Malaysia di Australia pula bernilai AUD 9 bilion.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...