AMMuzik & Hiburan @ My LNANiaga @ My LNA

Tahniah FINAS atas kejayaan misi ke MIPCOM- Gobind

101

PUTRAJAYA 27 November 2019 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo pada hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atas kejayaan misi mereka ke MIPCOM, Perancis pada bulan lepas yang telah menjana nilai eksport dan pelaburan berjumlah RM20.72 juta.

Menurut Gobind lagi, MIPCOM adalah satu acara tahunan peringkat antarabangsa yang mempamerkan kandungan kreatif melibatkan 14,000 peserta dari lebih 100 buah negara di Cannes, Perancis dan ia membuka peluang kepada pertumbuhan dan pembangunan pemain-pemain industri kreatif global termasuk para penerbit, penyiar serta pembeli filem dan program televisyen.

“Penyertaan Malaysia pada tahun ini juga berjaya menarik minat beberapa syarikat produksi antarabangsa, yang berpotensi menjana urus niaga bernilai RM138.68 juta.

Selain ini, hasil usaha KKMM untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kandungan kreatif dan lokasi penggambaran dunia dapat dilihat melalui promosi Insentif Penggambaran Filem di Malaysia (FIMI). Insentif 30% rebat tunai ini telah menarik minat lapan (8) buah produksi luar negara yang berpotensi menjana pelaburan asing sebanyak RM90.3 juta.” jelas beliau di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Gobind juga menerangkan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sentiasa membantu syarikat tempatan menembusi pasaran kandungan kreatif Antarabangsa melalui usaha-usaha tersebut dan ia menyumbang kepada pembangunan industri kreatif dan pertumbuhan ekonomi negara. Antara negara-negara yang mempunyai jalinan kerjasama dengan Malaysia termasuk Singapura, Perancis, United Kingdom, Korea, India dan Amerika Syarikat.

Beliau juga yakin bahawa Malaysia berada di landasan tepat untuk meraih manfaat ekonomi daripada industri kandungan hiburan dan media global, termasuk animasi dan e-games di mana industri tersebut dianggarkan bernilai USD2.4 trilion pada tahun 2022 (mengikut laporan Global Entertainment And Media Outlook 2018-2022 oleh PwC). Industri ini juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang akan menjadi inspirasi dan memberi galakan kepada generasi baharu yang berminat menceburi bidang kreatif ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...