Home Alam Sekitar Ianya proses kajian bukannya perlombongan – KATS
Alam Sekitar

Ianya proses kajian bukannya perlombongan – KATS

PUTRAJAYA 28 November 2019 – Merujuk kepada kenyataan media NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) semalam, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS)  pada hari ini tampil menegaskan bahawa permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara Menteri Besar Incorporated (Perak) dan Chinalco GXNF Rare Earth Development Co. Ltd. baru-baru ini hanya tertumpu kepada proses kajian bagi mengenalpasti sumber-sumber nadir bumi di negeri tersebut.

Bijih Nadir Bumi. Sumber foto Wikipedia

Menurut KATS di kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, MOU tersebut tidak melibatkan sebarang aktiviti perlombongan untuk mengeluarkan sumber tersebut.

“Konteks permeteraian MoU tersebut masih di peringkat awal iaitu menggunakan kepakaran dari pihak China dalam mengenalpasti potensi sumber nadir bumi di Perak, khususnya jenis lempung jerapan ion (ion adsorption clay) yang tidak mengandungi thorium mahupun uranium sebagai sisa sampingan.

KATS menyokong sebarang kerjasama dengan pihak luar sekiranya jalinan tersebut boleh memberi impak positif dalam pembangunan ekonomi Malaysia secara mampan dan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.” jelas Kementerian lagi.

Semalam NGO SAM telah mengeluarkan kenyataan media yang bertajuk Langkah Untuk Memulakan Perlombongan Nadir Bumi di Perak Amat Tidak Bertanggungjawab di mana SAM mendakwa kerja penerokaan ini adalah langkah pertama dalam memulakan perlombongan nadir bumi di negeri Perak dan NGO tersebut berasa amat bimbang dengan cadangan tersebut.

SAM turut mendakwa Kerajaan Negeri Perak serta KATS tidak mempelajari kisah tragik daripada kilang ARE yang telah mengakibatkan keracunan radioaktif yang serius di Bukit Merah dahulu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Kolaborasi TNB dan PLUS Sedia 18 Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron Di 9 R&R Sepanjang Lebuh Raya

AYER KEROH, 16 Februari 2023 – Pemilik kenderaan elektrik yang menggunakan rangkaian...

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

KPKT Sasarkan Pencapaian Kadar 45% Pengurangan Carbon Footprint Menjelang Tahun 2030 Melalui Pelaksanaan Inisiatif Hijau Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 9 Februari 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui...

Alam SekitarAMIsu SemasaMY LNA

NRECC segera laksanakan titah YDPA

PUTRAJAYA, 10 Januari 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan...

Alam SekitarAMCuacaHighlightsMY LNA

Ramalan cuaca Hari Krismas

25 DISEMBER 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan ramalam cuaca...