Home AM Langkah-langkah kerajaan menangani gejala jenayah seksual – Mujahid
AM

Langkah-langkah kerajaan menangani gejala jenayah seksual – Mujahid

KUALA LUMPUR 28 November 2019 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof pada hari ini menegaskan bahawa kerajaan memandang serius mengenai gejala jenayah seksual seperti perzinaan, sumbang mahram, khalwat dan LGBT yang dilihat semakin berleluasa dalam masyarakat hari ini.

Gambar fail

Menjawab soalan lisan dari Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (SIK) di Dewan Rakyat pada hani ini, Mujahid memperi penjelasan dengan menggariskan inisiatif-inisiatif yang Kerajaan lakukan bagi menangani perkara tersebut.

“Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada semua agensi dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri telah membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-66 pada 13 Jun 2019 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

PTSI merupakan inisiatif Kerajaan bagi menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat kita terutamanya permasalahan sosial yang dihadapi masyarakat Islam di Malaysia yang semakin meruncing, dengan pelbagai isu seperti penagihan dadah, remaja hamil (tidak berkahwin), pembuangan bayi, perceraian, gelandangan, penularan virus HIV / AIDS, penagihan arak, seks bebas, sumbang mahram, jenayah juvana, pengamalan gaya hidup songsang dan sebagainya. Pelaksanaan PTSI dilihat dapat membantu usaha pencegahan dan pemulihan secara lebih sepadu, terancang dan tersusun.” kata Mujahid.

Beliau juga menambah bahawa Kerajaan melalui JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi juga menganjurkan program pendidikan dan advokasi seperti Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah 2018, Program Cakna Pergaulan Anda Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama 2019 anjuran JAKIM adalah antara usaha untuk memberi kefahaman berkaitan Undang-Undang Jenayah Syariah.

“Kerajaan juga telah mewujudkan Pusat Khidmat Keluarga dan Sosial Komuniti (PKKSK) termasuklah KSKCareCentre yang diletakkan di bawah JAKIM. KSKCareCentre merupakan pusat khidmat kaunseling syarie, terapi psikospritual Islam dan Ilaj Syarie yang terletak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dibuka kepada semua masyarakat awam dan memberikan perkhidmatan secara percuma.” tambah Mujahid.

Jelas Mujahid lagi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut membangunkan pusat-pusat perlindungan kepada wanita-wanita yang telah terjebak dengan masalah gejala sosial seperti Darul Islah atau Dar Assaadah dan di samping itu Kerajaan juga telah memperuntukkan perundangan dan hukuman bagi kesalahan seperti perzinaan, sumbang mahram, khalwat, musahaqah, orang lelaki berlagak seperti perempuan yang terkandung dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...