Home AM Malaysia dan Republik Korea tandatangani MOU mengenai Kerjasama Teknologi Maklumat dan Komunikasi – KKMM
AMniagaSains, Teknologi & Komunikasi

Malaysia dan Republik Korea tandatangani MOU mengenai Kerjasama Teknologi Maklumat dan Komunikasi – KKMM

SEOUL 28 November 2019 – Malaysia dan Republik Korea telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan sesi menandatangani MOU tersebut berlangsung di Blue House, Pejabat Eksekutif dan Kediaman Rasmi Presiden Republik Korea, yang terletak di Daerah Jongno Ibu Kota Seoul.

Sumber Foto : Akaun Twitter Rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia

Malaysia diwakili oleh YB Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Republik Korea diwakili oleh TYT Choi Kiyoung, Menteri Sains dan ICT Republik Korea dan ia disaksikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Moon Jae-In, Presiden Republik Korea.

“MoU ini merupakan satu bentuk kerjasama bersama untuk memenuhi tugas dan fungsi masing-masing dalam perspektif pertukaran maklumat dan perkongsian inisiatif ICT yang saling menguntungkan.

MoU ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam jangka
panjang dan meningkatkan lagi pelaburan serta memberi peluang yang
luas untuk pertukaran teknologi tinggi antara Malaysia dan Republik Korea. Melihat kepada perkembangan pesat industri ICT di Republik Korea,
perkongsian pengetahuan dan kepakaran bersama terutamanya dalam
bidang ICT ini akan memberi tambah nilai yang menguntungkan kepada
Malaysia. MoU ini juga akan membuka prospek penting bagi usahawan
dan pemain teknologi telekomunikasi di kedua-dua negara untuk terus
berinovasi dan memajukan teknologi.” jelas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah KKM lagi, MoU ini akan memberi tumpuan kepada bidang, antara lain, inisiatif ICT termasuk data raya, kecerdasan buatan dan internet benda (IoT), pembangunan kandungan perisian dan digital, rangkaian telekomunikasi termasuk 4G dan 5G, e-dagang teknologi, penyiaran digital dan keselamatan siber.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...