AM

Sebanyak RM5.1 billion akan dibelanjakan bagi bayaran hutang 1MDB dan SRC untuk tahun 2019 dan 2020 – Lim Guan Eng

71

PUTRAJAYA 22 Oktober 2019 – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetap komited untuk membayar semua obligasi pinjaman yang diwarisi daripada pentadbiran kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN). Terbaru 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membuat pembayaran faedah sebanyak USD50,312,500 bagi pelunasan bayaran faedah bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd (1MELL) pada 18 Oktober 2019 yang lepas.

Menurut Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, sejumlah RM2.7 bilion telah disediakan untuk 2020 bagi melunaskan bayaran khidmat hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC), dan sebanyak RM2.4 bilion bagi tahun 2019.

Tambah beliau bagi tahun ini baki yang perlu dijelaskan oleh 1MDB adalah bayaran faedah bon 1MDB Energy Ltd (1MEL) sebanyak USD52.4 juta (kira-kira RM219.2 juta) yang akan dibayar pada 11 November 2019 dan bayaran faedah sukuk Islamic Medium Term Note (IMTN) sebanyak RM143.75 jutayang akan dibayar pada 29 November 2019. Secara totalnya hutang dan liabiliti 1MDB (termasuk faedah) pada masa ini adalah sebanyak RM51 bilion dimana jumlah ini termasuk RM8.93 bilion yang telah dibayar oleh Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar apabila menyatakan adalah suatu keajaiban Malaysia tidak jatuh bankrap akibat kerosakan yang dilakukan rejim kleptokratik terdahulu, yang menjadikan tabung negara sebagai milik peribadi. Bahkan seperti yang beliau katakan, kerosakan tersebut bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi juga keinstitusian.


Dr Mahathir berkata bahawa salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangkan rejim kleptokratik itu ialah membersihkan kerosakan yang ditinggalkan dan membina semula negara kerana ia perlukan banyak usaha, masa dan kewangan, sambil menambah, “Apa yang kami temui adalah jauh lebih teruk daripada apa yang kami percaya”.” jelas Lim di kenyataan tersebut.

Lim juga menambah bahawa sejumlah besar iaitu sebanyak RM5.1 bilion akan digunakan untuk melunaskan hutang 1MDB dan SRC untuk dua tahun ini sahaja pada 2019 dan 2020. Walaupun terpaksa menanggung beban hutang yang besar, Lim memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan masih mampu menunaikan amanah menjalankan pembangunan dan kebajikan rakyat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...