Alam Sekitar @ MY LNAAMPendidikan @ My LNA

PROGRAM PENDIDIKAN ESTECC DI SEKOLAH BAGI MENINGKATKAN MINAT PELAJAR CEBURI BIDANG STEM

122

MUAR, 13 OKTOBER 2019 – YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengadakan lawatan turun padang Program Pendidikan ESTECC (ESTECC Education In Schools) di SJKC Pei Chai, Muar pada hari ini.

Aktiviti “Food Research

Program ini bertujuan untuk menyebarluaskan aktiviti kesedaran dan
pembudayaan ESTECC di sekolah-sekolah. ESTECC merangkumi tiga sektor utama di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) iaitu Sektor “Tenaga”, “Sains dan Teknologi” serta “Alam Sekitar dan Perubahan Iklim”.

YB Puan Yeo Bee Yin memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar

Program ini juga merupakan jalinan kerjasama erat di antara MESTECC dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Jabatan Pendidikan negeri masing-masing. Kerjasama ini diharapkan berterusan pada masa hadapan sebagai salah satu inisiatif membantu para pelajar mempelajari
dah menghayati kepentingan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memenuhi (sasaran) nisbah 60:40 aliran sains : sastera di sekolah.

YB Bersama Pelajar, Guru dan Wakil Kementerian Pendidikan

Kerajaan amat serius dan terus komited dalam usaha menggalakkan pelajar menceburi bidang STEM dan dibuktikan melalui pengumuman belanjawan 2020 dengan peruntukan sebanyak RM11 juta bagi tujuan tersebut.

Ramah Mesra

Program Pendidikan ESTECC di sekolah ini merupakan salah satu daripada 73 Inisiatif MESTECC 2019 (Mempromosikan STI – Pendidikan ESTECC di sekolah). Inisiatif ini merupakan program jangkau luar MESTECC kepada pelajar di luar bandar khususnya dan di bandar amnya. Program ini dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara yang dikenalpasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri-negeri sehingga bulan Disember 2019 dengan memberi tumpuan kepada golongan pelajar terutamanya yang berada di luar bandar untuk sama-sama merasai dan melaksanakan aktiviti interaktif, latihan amali dan sembang santai untuk
meningkatkan kesedaran, pembudayaan dan pembelajaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Inisiatif ini mensasarkan penglibatan 1,000,000 pelajar. Daripada jumlah
tersebut, 400,000 penglibatan adalah terdiri daripada program dan aktiviti
sedia ada yang dilaksanakan oleh Jabatan dan Agensi MESTECC yang terdiri daripada Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Yayasan Hijau Malaysia, Pusat Sains Negara, Jabatan Alam Sekitar, Planetarium Negara, Jabatan Kimia Malaysia, Jabata Meteorologi Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Agensi Nuklear Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan National Institutes of Biotechnology
Malaysia (NIBM). Manakala sebanyak 600,000 penglibatan lagi adalah daripada program kerjasama dengan rakan strategik swasta seperti mana program yang diadakan pada hari ini.

Secara keseluruhan, sehingga 12 Oktober 2019, seramai 581,910 pelajar dari 1,701 buah sekolah telah terlibat secara langsung dalam program ini.

Di mana penglibatan pelajar dari sekolah luar bandar adalah seramai 296,699 orang daripada 776 buah sekolah. Pecahan pencapaian secara terperinci adalah seperti berikut:

(i) Pencapaian melalui program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan dan Agensi MESTECC adalah seramai 322,130 pelajar yang melibatkan 1,156 buah sekolah. Daripada jumlah tersebut sekolah luar bandar yang terlibat ialah sebanyak 517 buah sekolah dan penyertaan pelajar seramai 183,219 orang pelajar luar bandar;

(ii) Manakala melalui program dengan rakan strategik swasta pula, seramai 259,780 orang pelajar dari 545 buah sekolah telah terlibat. Daripada jumlah itu, sebanyak 259 buah sekolah dengan penyertaan pelajar seramai 113,480 adalah daripada kategori pelajar dan sekolah luar
bandar.Program Pendidikan ESTECC di sekolah memberi penekanan kepada aktiviti berbentuk interaktif dengan penggunaan teknologi terkini seperti forensik cap jari, penghasilan animasi mudah dan pencerapan fenomena
gerhana matahari dan lain-lain modul STI yang selaras dengan aktiviti pendidikan bukan formal dengan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar merasai sendiri pengalaman menjalankan aktiviti berkaitan Sains dan Teknologi secara praktikal.

Program ini akan dipergiatkan lagi sehingga hujung tahun 2019 bagi
mencapai sasaran 1,000,000 penglibatan atau lebih bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat manfaat daripadanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles