Home AM Nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar dikurangkan bagi membantu mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual – Lim Guan Eng
AMniaga

Nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar dikurangkan bagi membantu mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual – Lim Guan Eng

PUTRAJAYA 13 Oktober 2019 – Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan pada hari ini bagi memberi penerangan bahawa langkah cadangan supaya nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar dikurangkan daripada RM1 juta kepada RM600,000 untuk pemilikan asing adalah bagi membantu mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual berjumlah RM8.3 bilion pada suku tahun 2019.

“Memandangkan cadangan Belanjawan ini telah disalahtafsirkan dengan sengaja oleh pihak tertentu, Kementerian Kewangan ingin menerangkan bahawa pengurangan nilai ambang tersebut hanya terpakai kepada unit kondominium dan pangsapuri sedia ada yang MASIH tidak terjual dan akan berkuatkuasa 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 sahaja. Ia tidak merangkumi projek baru yang belum dilancarkan. Langkah ini dijangka memanfaatkan sektor hartanah tanpa menjejaskan kepentingan warganegara Malaysia.” terang Lim di kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut Lim menerangkan bahawa unit sedia ada yang tidak terjual merupakan kediaman yang tidak dapat menarik pembeli tempatan dan oleh itu kelonggaran mengurangkan nilai ambang untuk pemilikan asing kondominium dan pangsapuri tidak akan menidakkan hak mereka. Langkah pengurangan nilai ambang tersebut tidak akan menafikan hak mereka jika mereka mahu beli sekarang.

“Sekiranya unit tersebut dapat dijual, ia secara langsung akan memberi impak limpahan ekonomi kepada negara. Pihak Kementerian Kewangan akan terus memantau pelaksanaan kelonggaran tersebut berhubung pengurangan nilai ambang bagi memastikan objektif dasarnya tercapai.” tambah Lim di akhir kenyataan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...