AM

Malaysia telah berjaya mempertahankan kerusi Ahli Majlis ICAO di bawah Kategori III untuk penggal 2019 hingga 2022

92
Foto kredit Pejabat Menteri Pengangkutan

PUTRAJAYA 2 Oktober 2019 – Hasil sokongan, kerja keras dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization-ICAO) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Ottawa, para pegawai Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar Negeri, Pejabat Perdana Menteri, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan juga Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook telah membolehkan Malaysia berjaya mempertahankan kerusi Ahli Majlis (Council Member) ICAO di bawah Kategori III untuk penggal 2019 hingga 2022.

Malaysia telah berjaya mengekalkan keahlian dalam Majlis ini selama 5 penggal berturut-turut bermula tahun 2007 sehingga tahun 2022 dan ketika pengundian dilakukan pada 1 Oktober 2019, Malaysia telah memperbaiki kedudukannya dalam Kategori III (negara-negara yang dipilih untuk memastikan keseluruhan kedudukan geografi dunia mempunyai wakil dalam Majlis ICAO) iaitu dari tangga ke-13 ke tangga ke-11 dengan pertambahan sebanyak 14 undi iaitu sebanyak 143 undi berbanding jumlah yang diperolehi pada perhimpunan pada tahun 2016 iaitu sebanyak 129 undi.

YB Loke Siew Fook selaku Menteri Pengangkutan telah melaksanakan pelbagai usaha melobi bagi memastikan Malaysia mengekalkan kerusi Ahli Majlis tersebut. Beliau telah menyampaikan ucap tama (statement by states) semasa sesi utama pada 28 September 2019 di samping mengadakan 5 pertemuan dua hala dengan kumpulan serantau iaitu Latin American Civil Aviation Commission (LACAC), African Civil Aviation Commission (AFCAC), Arab Civil Aviation Organization (ACAO), European Civil Aviation Conference (ECAC) dan Caribbean Aviation Safety and Security Oversight System (CASSOS).

“Selain itu, YB Menteri Pengangkutan juga telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya daripada 27 buah negara pejanji ICAO bagi meraih sokongan terhadap pencalonan Malaysia sebagai Ahli Majlis ICAO. YB Menteri Pengangkutan juga telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden dan Setiausaha Agung ICAO bagi menzahirkan komitmen Kerajaan Malaysia terhadap ICAO. Pada masa yang sama, Malaysia juga telah menganjurkan Majlis Resepsi Malaysia pada 28 September 2019 sempena Perhimpunan Agung tersebut.” terang Kementerian Pengangkutan di dalam kenyataan media pada hari ini.

Tambah Kementerian, Malaysia komited untuk terus memberikan komitmen berterusan kepada ICAO untuk mempertahan dan menegakkan aspek-aspek keselamatan penerbangan awam, inovasi dan kemapanan penerbangan global menerusi pembangunan infrastruktur strategik
bersama-sama dengan pembinaan keupayaan institusi untuk memenuhi keperluan generasi profesional penerbangan akan datang. Malaysia juga akan terus memastikan kepentingan sektor penerbangan awam negara sentiasa diambil kira dalam proses penetapan keputusan dan penentuan piawaian penerbangan awam antarabangsa dengan terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan mengenai perkara-perkara tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...