Home AM Isu Foodpanda, kerajaan akan pastikan wujud situasi menang-menang – Kementerian Sumber Manusia
AMniaga

Isu Foodpanda, kerajaan akan pastikan wujud situasi menang-menang – Kementerian Sumber Manusia

2 Oktober 2019 – Pihak Kementerian Sumber Manusia telah bertemu dengan beberapa Rider Foodpanda pada Isnin lepas bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu ketidak puas hatian pihak Rider Foodpanda terhadap pihak pengurusan syarikat yang terbabit yang telah menukar skim Service Fee yang didakwa mengurangkan pendapatan mereka.

Para Rider Foodpanda terutamanya dari luar Lembah Klang mendakwa mereka akan mengalami pengurangan pendapatan mereka sehingga RM300 seminggu melalui skim baru tersebut.

Difahamkan bahawa para rider tidak lagi dibayar berdasarkan jumlah jam perkhidmatan iaitu RM4 sejam tetapi dibayar mengikut jumlah pesanan iaitu RM4.50 ke RM7.00 untuk satu pesanan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Pengarah Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP) Kuala Lumpur dan Pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia dijadualkan bertemu dengan pihak pengurusan syarikat yang terbabit pada petang semalam.

“Pihak Kementerian Sumber Manusia akan memastikan wujudnya situasi menang-menang di antara rider Foodpanda dan syarikat yang terbabit kerana Kementerian sentiasa memberi perhatian dan penekanan khusus terhadap kebajikan dan perlindungan terhadap golongan yang berada dalam gig economy agar sentiasa terpelihara.” kata Kementerian di kenyataan media tersebut.

Tambah Kementerian lagi, Menteri Sumber Manusia YB M. Kulasegaran akan membawa isu ini ke mesyuarat yang akan datang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...