Home AM Diskaun 20% Bil Elektrik kepada Taska yang berdaftar dengan JKM
AM

Diskaun 20% Bil Elektrik kepada Taska yang berdaftar dengan JKM

Foto kredit kepada Pejabat Menteri MESTECC

Putrajaya 26 September 2019 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah memberi persetujuan memberikan diskaun bil elektrik sebanyak 20 peratus kepada pengusaha/pemilik Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Usaha ini adalah selaras dengan program galakan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dengan JKM yang sedang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPWKM pada hari ini, pemberian diskaun ini adalah berdasarkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan untuk memantau pengoperasian TASKA di Malaysia yang mana sehingga Ogos 2019, hanya terdapat 4,744 buah TASKA sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tambah KPWKM, jumlah tersebut hanya mewakil sekitar 11.9 peratus (%) sahaja berbanding keperluan TASKA bagi populasi kanak-kanak di bawah 4 tahun yang dianggarkan berjumlah 40,000 buah.

Pelaksanaan pemberian diskaun ini akan melibatkan syarat-syarat berikut:

(i) terpakai kepada pengusaha/pemilik TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Semenanjung Malaysia;

(ii) pengusaha/pemilik TASKA yang dikenakan bil elektrik di bawah kategori tarif komersial (Tarif B) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB);

(iii) bagi TASKA yang telah sedia berdaftar dengan JKM, pemberian diskaun bermula pada 1 November 2019 sehingga 31 Disember 2020;

(iv) bagi TASKA yang akan berdaftar dengan JKM, pemberian diskaun adalah mulai 1 November 2019 atau pada tarikh TASKA tersebut berdaftar (mana yang terkemudian) sehingga 31 Disember 2020; dan


(v) sebarang rujukan berkaitan dengan perkara ini, bolehlah menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).

Bagi melaksanakan pemberian yang serupa di Sabah dan Sarawak, kerajaan sedang menelitiuntuk mengadakan perbincangandengan pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...