Home Alam Sekitar Ketibaan Pelajar-pelajar Malaysia dari Riau disambut Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Luar Negeri
Alam SekitarAMPendidikan

Ketibaan Pelajar-pelajar Malaysia dari Riau disambut Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Luar Negeri

SEPANG 25 September 2019 – Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Haji Marzuki Yahya telah hadir di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2)  bagi menyambut ketibaan kumpulan pertama seramai 47 orang pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Provinsi Riau  melalui penerbangan dari Pekanbaru , Indonesia.

Foto kredit kepada KPM

Meurut Kementerian Luar Negeri melalui kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, kumpulan pelajar kedua seramai 31 orang dijangka tiba pada pukul 6.10 petang hari ini.

” Kementerian Luar Negeri dengan kementerian/agensi berkaitan sedang menguruskan pemindahan 35 orang pelajar dari Pekanbaru ke Jakarta untuk ditempatkan sementara di Malaysia Hall, Jakarta. Pemindahan para pelajar tersebut dibantu oleh perwakilan-perwakilan diplomatik Malaysia di Indonesia iaitu Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsulat Malaysia di Pekanbaru bersama wakil-wakil agensi di kedua-dua perwakilan tersebut.


Mengikut perancangan pemindahan pelajar yang ditetapkan, setakat ini seramai 113 pelajar dapat dipindahkan dari Provinsi Riau.” terang Kementerian di kenyataan tersebut.

Proses evakuasi pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di Provinsi Riau dan Jambi, Indonesia dilaksanakan secara bersama oleh Kementerian Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  Ia susulan daripada pengisytiharan Darurat Pencemaran Udara oleh Kerajaan Republik Indonesia bermula pada 23 September 2019 sehingga 30 September 2019.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

HighlightsMY LNAPendidikan

Program Literasi Kewangan Sempena Global Money Week 2023 Dan Pengumuman Malaysia Book Of Records (MBOR)

Batu Caves, 20 Mac 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...