Alam Sekitar @ MY LNAAMPendidikan @ My LNA

MESTEC lancar Program Pendidikan ESTECC di sekolah (ESTECC Education In Schools)

126
Foto Kredit Kepada Pejabat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

PUTRAJAYA, 27 SEPTEMBER 2019 – Program Pendidikan ESTECC di sekolah
(ESTECC Education In Schools) di Sekolah Kebangsaan Presint 16 (2), Putrajaya oleh YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Program ini bertujuan menyebarluaskan program kesedaran dan Pembudayaan ESTECC di sekolah-sekolah yang merangkumi tiga sektor utama di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) iaitu Sektor Tenaga, Sektor Sains dan Teknologi dan Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Menurut MESTECC melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Program Pendidikan ESTECC di sekolah merupakan program jangkau luar MESTECC kepada pelajar di luar bandar khususnya dan di bandar amnya dimana ianya memberi tumpuan kepada golongan pelajar untuk merasai dan melaksanakan aktiviti interaktif, latihan amali dan sembang santai bagi meningkatkan kesedaran dan pembelajaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

” Inisiatif ini mensasarkan penglibatan 1,000,000 pelajar. Daripada jumlah
tersebut, 400,000 penglibatan adalah terdiri daripada program dan aktiviti
sedia ada yang dilaksanakan oleh Jabatan dan Agensi MESTECC.
Jabatan dan agensi yang dimaksudkan adalah Pusat Nanoteknologi
Kebangsaan, Yayasan Hijau Malaysia, Pusat Sains Negara, Jabatan
Alam Sekitar, Planetarium Negara, Jabatan Kimia, Jabatan Meteorologi
Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Agensi Nuklear Malaysia,
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan National Institutes of
Biotechnology Malaysia (NIBM). Manakala sebanyak 600,000 penglibatan
lagi adalah daripada program kerjasama dengan rakan strategik swasta
seperti mana program yang diadakan pada hari ini.


Program Pendidikan ESTECC di sekolah telah bermula sejak bulan
Februari 2019. Walau bagaimanapun, program dengan rakan strategik
swasta yang diterajui oleh Yayasan Hijau Malaysia hanya bermula pada
1 Ogos 2019 dengan sasaran sebanyak 600,000 penglibatan. Program ini
akan dilaksanakan sehingga bulan Disember 2019.” jelas MESTECC di kenyataan tersebut.

Menurut MESTECC lagi, seramai 482,091 pelajar dari 1,526 buah sekolah telah terlibat secara langsung dalam program ini sehingga 26 September 2019 dan program ini akan dipergiatkan lagi sehingga hujung tahun 2019 bagi mencapai sasaran 1,000,000 penglibatan atau lebih.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...