Home MY LNA niaga TPC akan memfokuskan kepada pengembangan global utama jenama Ultraman – Masayuki Nagatake
niaga

TPC akan memfokuskan kepada pengembangan global utama jenama Ultraman – Masayuki Nagatake

PETALING JAYA, 8 Ogos 2019 – Encik Masayuki Nagatake, Presiden Tsuburaya Productions, mengumumkan bahawa TPC akan memfokuskan kepada pengembangan global utama jenama Ultraman. Ini sejajar dengan keputusan terbaru oleh mahkamah antarabangsa, di mana Tsuburaya Productions Co. Ltd. (TPC) telah memenangi bidaannya sebagai pemilik Ultraman Harta Intelek Tunggal (IP), yang merangkumi semua watak adiwira Ultraman, raksasa dan watak lain yang berkaitan dengan Ultraman Universe.

https://youtu.be/dG4PNzQ9OF4

“Saya dengan bangganya mengumumkan bahawa kami, TPC, telah memenangi kes tuntutan undang-undang Amerika Syarikat yang memantapkan usaha kami selama beberapa dekad untuk menyelesaikan sepenuhnya pertikaian ini dan mengesahkan bahawa kami merupakan pemegang hak ekslusif kepada jenama “Ultraman”. Oleh kerana penghakiman A.S. sangat dipercayai dan diiktiraf di seluruh dunia, kami berhasrat untuk meneruskan secara aktif dengan pengembangan jenama ini ke luar negara. ” kata Masayuki Nagatake pada sidang akhbar utama Ultraman yang julung kali diadakan di Malaysia pada hari ini.

Pada sidang akhbar yang sama, TPC mendedahkan rancangan mereka untuk tiga tahun akan datang bermula dengan pengumuman siri terbaru Ultraman, Ultraman R / B, yang akan disiarkan di Astro TV Malaysia bermula pada 30 Ogos 2019.

Pada Julai 2019 yang lepas, TPC telah melancarkan satu siri baru berjudul “ULTRAMAN TAIGA” di Jepun dan ia boleh ditonton di seluruh dunia pada tahun 2020. Untuk makluman, watak Ultraman Taiga tersebut merupakan anak kepada pahlawan legenda, Ultraman Taro dan Ultraman Taiga ini akan memulakan pengembaraannya meneroka alam semesta bersama rakan-rakan beliau iaitu Ultraman Titas dan Ultraman Fuma.

Perkembangan Ultraman diteruskan di mana TPC melancarkan Ultra Galaxy Fight, sebuah siri dalam talian yang menampilkan barisan Hero Generasi Baru Ultraman VS League of Darkness! Ultra Galaxy Fight akan disiarkan di saluran YouTube rasmi TPC bermula dari 29 September 2019. Selain itu, TPC juga mengumumkan bahawa penerbitan Musim Kedua ULTRAMAN Netflix di mana siri ini telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia sedang berlangsung kini.


“Kami akan menyiarkan “KAIJU STEP”, sebuah mini siri tentang Ultraman Kaiju yang muncul sebagai anak kecil dan meneruskan pengembaraan sambil mempelajari tentang perkara-perkara baru. KAIJU STEP bertujuan untuk kanak-kanak prasekolah dan pertama kali disiarkan di rangkaian TV (NHK TV) pada penghujung 2019. Selain itu, saya bangga mengumumkan bahawa rangka penerbitan “SHIN ULTRAMAN” sedang berlangsung, sebuah filem asal Ultraman yang dicipta pada 1966. Filem ini dijadualkan akan dikeluarkan pada tahun 2021, dan ia akan menjadi filem bajet terbesar yang pernah ada dalam sejarah Ultraman Universe! ” tambah beliau.

Selain dari Masayuki Nagatake turut hadir di sidang akhbar Ultraman tersebut adalah YBhg. Dato’ Mohd Roslan Mahayudin, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO), Encik Kei Minamitani, Pengurus Hal Ehwal Perniagaan Antarabangsa Tsuburaya Productions, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA), Persekutuan Rantaian & Rangkaian ASEAN (ARFF), Perbadanan Kota Buku, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) Persatuan Pengilang Filem Malaysia (PFM), Persatuan Runcit Malaysia (MRA), Persatuan Pasca Pengeluaran & Animasi Malaysia (POSTAM), Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) dan Kedutaan Jepun di Malaysia.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

Biz @ My LNAMY LNAniaga

Saham KGW Terlebih Langganan Sebanyak 50.45 Kali

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2023 – KGW Group Berhad (“KGW” atau “Kumpulan“), penyedia perkhidmatan...

Biz @ My LNAMY LNAniaga

DC Healthcare buat penampilan di pasaran ACE dengan premium RM0.15 lebih harga IPO

SHAH ALAM, 17 JULAI 2023 – DC Healthcare Holdings Berhad (“DC Healthcare” atau “Kumpulan”), penyedia...

MY LNAniaga

Henkel Converters’ Academy dibuka di Jakarta untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja pembungkusan fleksibel

KUALA LUMPUR, 27 JUN 2023 – Pada awal Jun, Henkel Converters’ Academy...

AMEkonomi @ My LNAMY LNAniagaPertanian @ My LNAUTAMA

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...