AM

Isu Video Seks – Mujahid Kecewa

145
Gambar Fail

PUTRAJAYA 13 JUN 2019 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan terbaru politik tanah air yang melibatkan sebaran video seorang lelaki bersama lelaki yang didakwa sebagai menteri kabinet menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini. Beliau juga menasihatkan semua pihak terutamanya umat Islam agar berhenti menyebarkan video berkenaan.


” Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kita harus berpegang teguh kepada ajaran Islam dengan tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan serta merendahkan maruah kita dengan politik yang menjijikan.


Apa yang lebih membimbangkan ialah masyakarat kita kini langsung tidak mempunyai rasa malu apabila secara terbuka dan terang-terangan membuat pengakuan melakukan maksiat. Tindakan seperti ini bukan sahaja memalukan tetapi menjejaskan kesucian Islam. ” ujar beliau di kenyataan tersebut.


Mujahid juga menegaskan bahawa agama Islam juga mengunjurkan umatnya agar tidak membuka aib seorang Muslim yang lain. Beliau merujuk kepada hadis riwayat Imam al-Tirmidhi – 2032 yang bermaksud “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.”


Sementara itu Mujahid juga mengesahkan bahawa JAWI sudah menerima aduan qazaf terhadap YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi . Beliau memberi jaminan bahawa pihak JAWI akan meneliti aduan tersebut mengikut bidang kuasa dan seksyen kesalahan berkaitan berdasarkan peruntukaan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...