Home AM Morsi mangsa kepada daulah terpendam – Mujahid
AM

Morsi mangsa kepada daulah terpendam – Mujahid

Sumber gambar Al Jazeera

PUTRAJAYA 18 JUN 2019 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meyifatkan kematian Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi yang dilantik secara demokrasi merupakan suatu perkara yang amat menyedihkan bagi mereka yang percaya bahawa ruang terbaik untuk ke persada kuasa ialah melalui proses demokrasi dan proses itulah yang menjadi pilihan rakyat. Kematian Morsi yang masih dalam tahanan dan mati ketika perbicaraan sedang berlangsung amat mengejutkan dunia.


“Morsi telah ditahan dan dibicarakan sejak 2013 selepas digulingkan oleh tentera Mesir. Beliau juga tidak diberi akses kepada peguam mahupun doktor untuk merawat kesakitannya semasa di dalam tahanan.


Morsi mangsa kepada daulah terpendam (deep state) ketika beliau menjadi Presiden pada 2012. Beliau mangsa daulah terpendam yang bekerja bukan untuk memulihkan sokongan rakyat sebaliknya bekerja untuk merampas hak rakyat yang melantik Morsi. Sepanjang setahun pemerintahan Morsi, daulah terpendam ini melakukan pelbagai operasi sabotaj seperti menyekat bekalan makanan dan keperluan asas lantas menyebabkan kemarahan rakyat yang menuduh Morsi gagal memenuhi perkara asas mereka. ” ujar Mujahid di dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada hari ini.


Tambah Mujahid, daulah terpendam juga beroperasi dengan menimbulkan pelbagai teori konspirasi yang menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai sasarannya. Ini termasuk mereka berhubung dengan negara-negara luar untuk memburukkan kepimpinan Morsi yang dipilih secara demokratik.

Mujahid juga menyifatkan Morsi sebagai lambang pengorbanan kepada kehendak rakyat dan mangsa daulah terpendam. Ia juga menunjukkan kepada semua bahawa perubahan secara demokratik akan melalui cabaran yang besar khususnya daripada kalangan penggerak daulah terpendam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...