AMEkonomi @ My LNA

Kerajaan setuju beri lanjutan inisiatif pengecualian dan pemberian diskaun 50% bayaran sewa kepada penyewa Tanah Persekutuan dan Bangunan Persekutuan

89

11 MAC 2021 – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada hari ini memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi lanjutan inisiatif pengecualian dan pemberian diskaun 50% bayaran sewa kepada penyewa Tanah Persekutuan dan penyewa di Bangunan Persekutuan.

Menurut Dr. Shamsul Anuar dalam kenyatan media yang diedarkan hari ini, inisiatif kepada penyewa Tanah Persekutuan adalah pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan dan diskaun 50% bayaran sewaan bagi tempoh 4 bulan mulai 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada 259 penyewa yang telah diluluskan inisiatif tersebut sepanjang Mac hingga Ogos 2020; dan pemberian diskaun 50% bayaran sewa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa.

“Bagi urusan penyewaan ruang dan premis di bangunan Kerajaan Persekutuan pula, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan bagi tempoh 4 bulan mulai 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada penyewa yang telah diluluskan inisiatif tersebut sepanjang Mac hingga Ogos 2020; dan pemberian diskaun 50% bayaran sewa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa.

Kementerian dan Agensi di mana penyewa premis milik Kerajaan Persekutuan seperti taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain yang beroperasi hendaklah merujuk dengan pihak Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) masing-masing bagi pelaksanaan keputusan ini.” kata Dr. Shamsul Anuar.

Tambah beliau, inisiatif pengecualian dan diskaun bayaran sewa ini diberikan adalah untuk membantu penyewa Tanah dan Premis Kerajaan Persekutuan agar dapat menyusun semula strategi perniagaan seterusnya meningkatkan keupayaan dan kestabilan perniagaan mereka.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...