AM

Empat Projek Infra Rakyat Bernilai RM 600 Juta Diluluskan

175

KUALA LUMPUR 10 Mac 2021 – Empat projek pembangunan infrastruktur dan prasarana serba lengkap, moden serta kondusif yang melibatkan sektor pendidikan bernilai RM 600 juta diluluskan dibawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof telah menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang dipertanggungjawabkan bagi empat buah projek infra rakyat. Projek ini akan dipantau sepenuhnya oleh Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dalam memastikan pihak kontraktor menjalankan projek dengan berkualiti dan menepati spesifikasi kontrak.

Empat projek yang diluluskan adalah Projek Pembinaan dan Penyiapan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima (PKP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak yang bernilai RM485.99 juta, Kompleks Sukan Kampus Gong Badak di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Kuala Terengganu yang bernilai RM18.89 juta, Pembinaan Pusat Islam dan Pembangunan Insan serta Masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) bernilai RM11.90 juta dan Pembinaan Blok Baharu Bagi Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta Kemudahan Mesra OKU di SMK Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan yang bernilai RM9.96 juta.

“ Saya ingin mengingatkan kepada kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan projek dengan cekap dan teratur bagi memastikan projek menepati kualiti dan disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan” ujar beliau.

Beliau juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah atas kejayaan mengeluarkan SST bagi 10 projek di bawah Program Sekolah Daif Sabah Tahun 2020 dalam majlis yang sama di ibu negara semalam.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Sabah berjaya mempercepatkan pengeluaran SST projek sekolah – sekolah daif yang bernilai RM74.80 juta ini secara efisen dan telus walaupun berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...