AMJenayah

Akibat Cemburu dan Marah, Suami Menembak Mati Isteri di Kota Tinggi

118

JOHOR BAHARU: Akibat cemburu dan kemarahan yang melanda, telah mendorong seorang lelaki berusia 43 tahun untuk membunuh isterinya di rumah mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek menembak mati wanita berusia 38 tahun itu dengan jarak dekat dengan menggunakan senapang udara ketika mangsa sedang tidur di bilik tidur mereka.

“Laporan orang hilang telah dibuat pada hari Isnin (1 Mac) setelah mangsa, seorang kerani, dipercayai meninggalkan rumah mereka sekitar jam 2 pagi berikutan perselisihan dengan suspek,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis negeri di sini pada Jumaat (5 Mac).

“Suspek mengaku menembak mangsa di perut menggunakan senapang udara sebelum menutup tubuhnya dengan cadar dan meletakkan mayat mangsa di dalam tong plastik berwarna biru.

“Suami mangsa, dibantu oleh suspek yang lain, kemudianya mengambil tong itu dan ditanam di kawasan ladang kosong di Bandar Penawar,” tambahnya.

Ayob Khan mengatakan suspek telah membawa pihak polis ke tempat mangsa dikebumikan sekitar jam 10.30 pagi pada hari Khamis (4 Mac).

Dia menambah bahawa siasatan setakat ini menunjukkan bahawa motif disebalik pembunuhan itu adalah rasa cemburu kerana pasangan itu dalam proses untuk berpisah.

“Suspek dan mangsa mempunyai dua anak kecil yang kini berada di bawah jagaan keluarga si isteri,” katanya.

Ayob Khan turut mengatakan bahawa pihak polis telah merampas senapang udara, senapang patah, pelet 54 buckshot, kenderaan SUV, dan cangkul, yang merupakan milik suspek utama.

Beliau menjelaskan bahawa suspek tidak mempunyai permit untuk senjata tersebut.

“Kedua-dua lelaki itu direman hingga 10 Mac untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh”.

“Polis juga sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960”.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...