AMCOVID-19 @ My LNA

Nancy pilih terima suntikan vaksin COVID-19 di Sadong Jaya, beri keyakinan kepada rakyat Batang Sadong

151

SADONG JAYA 6 Mac 2021 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri memilih untuk mengambil vaksin tersebut di Kesihatan Sadong Jaya.

Nancy yang juga merupakan Ahli Parlimen P200 Batang Sadong telahpun menjalani suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Sadong Jaya pagi tadi bersama -sama dengan ADUN N24 YB Ir Aidel Lariwoo.

Kata Nancy beliau memilih untuk mengambil vaksin tersebut di Kesihatan Sadong Jaya bagi memberi keyakinan kepada rakyat di kawasan di P200 Batang Sadong.

Nancy turut menasihati orang ramai agar tidak perlu ragu atau bimbang kerana Kerajaan Malaysia telah memastikan ianya selamat dan melalui pelbagai kajian sebagaimana yang telah dilakukan oleh negara luar.

Malaysia telah menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 21 Februari 2021 di mana perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium tersebut telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global. Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Manakala kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk kegunaan rakyat Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 24 Februari 2021 yang lepas. Sebanyak 23,400 dos vaksin berkenaan diterbangkan dengan pesawat kargo penerbangan TH543 Raya Airways dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.



Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...