Niaga @ My LNAPendapat @ My LNA

Sudah tiba masanya untuk membuka semula pawagam secara berperingkat dan patuhi SOP

154
SSUCv3H4sIAAAAAAAACpxVSY6cMBTdR8odSl4HyQMYOzfIIidoZWGwqbICuAQm6VKr7x4zmPqmqtVSdvgPz89/eLx9/XI6oUqNtkbfT2/zKZxt206jH5S3rg9m/G2zD6bXZoAWo613g1UtNFbK15dedSYY+6ltZ/P74kSjV34azQguGy+T92YYvat/BzOLKISyoYGGyp6XoOvFeQcdV/vqFTQo7SrzAKjN1Y3WL+lj4hiM6kZvF8JkR3W9LmBY7Vo3DZV7hVGqVd0NGjo3V820pjO9H6Hnpm6drQcHbbXqkzcRUKtaeXMOxU2qFVv1sp5P0bGh+eBCaENfyztViy2aVvD/ylw/fu1PP5u+nt++A+3V2NkFG+eNYBLLTPOmyXJFeKa4NhkvpSGaUpYTnNzLNaY1wSrLy4pkudA0k7ikGa0KLRrOtGDlTiqyOXYdMiC4LMWzjONEwaSfUyh0mGvI7Eev5724PcNKhii5nfEEhGKanMunj3kYIwiZywSBsBSxoM8QD3uWUCRJPiP3/PXjHYzlEEipdYVfVnj0+28A7pYx3YLUpK0DY/vHhVouSweQroOtbX8Gac5fFn2JabWb+rneYDRR69xVVe1c5iZgmmi/qHEM4Tra4SaFrrkO3NM7vzxgQ0U6rNp8DJXMGRWcSBbGspBCIKhbFxtwFjqR4HRtndJGJ1twqPSCQ7DI+b0ZUdx2n/x4KmMMF/eYKHnRJ/MP9mALkBQkH4UwxuRRwR80MQZELQTyGH1FcfclSrn5OXj9LpqbrwTsH/VzCxKgRFBKN7cswf1HVV1iCMbFNs5xZoLEdTb0Ku1f2hwipPisOURi+uGm7SHFZy0gkovHhVtwrIZ/gcgQjbdQqpZiLDDGJN+X5EgTMcFwTnOxa9GRJSICF5xxIe8hR5Yox0XJBeN4EYiNn52rh2qhSKMLkilTFkHmhcyqAuOsFhWmuJYsCHnIev8HAAD//wMAFkHr63IIAAA=

Kenyataan Media Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi merangkap Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP pada hari Selasa, 2 Mac 2021

Sebilangan besar pawagam di bawah dua rangkaian pawagam utama – Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjong Golden Village (TGV) – tetap ditutup sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada bulan Januari tahun ini. Rangkaian pawagam ini telah mengalami banyak masalah kewangan sejak bermulanya krisis COVID-19. Rangkaian pawagam yang lebih kecil – MBO – telah mengumumkan penutupan operasi mereka pada bulan Oktober tahun lepas.

Pengumuman sama ada PKP 2.0 akan dilanjutkan selepas 4 Mac di Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor, akan dibuat tidak lama lagi. Saya menggesa kerajaan Malaysia untuk mengemas kini SOP untuk membolehkan pawagam di Malaysia dibuka semula secara berperingkat dan patuhi SOP.

Ramai yang mungkin masih bimbang untuk pergi ke pawagam kerana aktiviti ini berada di ruang tertutup untuk suatu masa yang agak lama (lebih kurang 2 jam). Tetapi perkara yang sama boleh dikatakan menyamai keadaan seseorang yang berada di dalam pesawat untuk perjalanan jarak jauh seperti penerbangan ke luar negara yang memakan masa lebih dari 2 jam masih dibenarkan. Beberapa pakar kesihatan telah berkongsi pendapat mereka bahawa pawagam harus dibiarkan dibuka semula, dengan SOP yang ketat.

Sebagai contoh, seorang profesor penyakit berjangkit di Universiti California, Davis di Amerika Syarikat menyarankan beberapa langkah keselamatan di pawagam seperti berikut:
1) Jangan bercakap antara satu sama lain semasa menonton filem
2) Jarak sosial enam kaki dan mengosongkan setiap tempat duduk yang lain (make every other seat empty)
3) Semua orang duduk menghadap arah yang sama
4) Elakkan makan dan minum di dalam pawagam
(Mesti memakai pelitup muka)

Setahu saya, hampir semua cadangan di atas adalah SOP yang telah diamalkan oleh pengusaha pawagam semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tahun lalu. Sekiranya pemerintah mahu lebih tegas, mereka boleh meminta pelanggan agar tidak ketawa (bila menonton komedi) dan tidak menjerit (bila menonton filem seram). Pengusaha pawagam juga harus membuktikan kepada pemerintah bahawa sistem penghawa dingin mereka cukup efektif untuk membersihkan udara di pawagam individu.

Sebelum anda yang membaca kenyataan saya ini menyindir dan mengecam saya mengatakan pengesyorkan ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dari perspektif kesihatan, sila pertimbangkan perkara berikut. Restoran kini dibenarkan untuk memuatkan lebih daripada 4 orang. Restoran dibenarkan menyediakan bilik tertutup, biasanya yang boleh memuatkan antara 5 hingga 10 orang. Orang dalam di bilik tertutup ini makan, minum dan bercakap (mungkin ada yang menyanyi!) selama satu atau dua jam. Gim juga telah dibenarkan untuk dibuka semula. Pelanggan berpeluh dan mungkin juga berteriak dan mendengus (selalunya tanpa memakai topeng) semasa bersenam di gimnasium. Mereka juga bergerak dalam gim dan ini bermaksud jarak sosial 1 meter mungkin tidak berlaku setiap masa. Di pawagam, penonton tidak bergerak tetapi hanya duduk di satu tempat. Mereka jarang bercakap antara satu sama lain (kecuali jika mereka adalah jenis yang tidak pedulikan perasan orang lain). Penjarakan fizikall diamalkan kerana mereka duduk secara selang seli. Oleh itu, jika restoran dibenarkan duduk lebih dari 4 pelanggan di sebuah meja tanpa sekatan dan mereka dibenarkan untuk bercakap (dan menjerit) dan gim dibenarkan untuk dibuka dengan pelanggan tidak perlu memakai topeng semasa bersenam, mengapa panggung wayang tidak dibenarkan dibuka?

Dengan memaksa pawagam untuk terus ditutup, kerajaan tidak hanya menjejaskan pendapatan para pekerja di industri berkaitan pawagam (termasuk mereka yang terdiri dari kalangan B40 yang bekerja sebagai pembersih dan kerani di pawagam ini), perintah kerajaan ini juga mengakibatkan kerugian besar ke atas industri filem tempatan kerana pembuat filem tidak akan berani membuat filem jika mereka tidak tahu sama ada filem mereka dapat ditayangkan di pawagam.

Sekiranya kerajaan merancangkan polisi berdasarkan sains, seperti yang dikatakan oleh Menteri Kanan, Azmin Ali, maka mereka harus membiarkan pawagam di Malaysia untuk dibuka semula secara berperingkat dan ikuti SOP yang disarankan di atas.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali...

Agama @ MY LNABM @ MY LNAPendapat @ My LNA

Qunut nazilah itu khusus sifatnya

Oleh Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam,...