PUTRAJAYA 28 Februari 2021 – Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada hari ini berkongsi Empat Agenda Kerja KRT (Kawasan Rukun Tetangga) yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan inisiatif Rukun Tetangga ketika melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021 hari ini.
“Pertama, Agenda Kerja KRT Selamat yang akan digerakkan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berperanan untuk meronda dan mengawal mana-mana premis atau lokasi di Kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kedua, Agenda Kerja KRT Sihat. Agenda ini akan memberi penekanan kepada usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti hasil kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Ketiga, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah pula menumpukan kepada program pembersihan dan pengindahan di kawasan komuniti dengan sokongan Kementerian Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah pelaksanaan Program Local Agenda 21.
Dan keempat, Agenda Kerja KRT Sejahtera untuk mengenal pasti kumpulan rentan seperti ibu tunggal, golongan kelainan upaya, warga emas dan golongan kurang berkemampuan dan memberi bantuan melalui pelaksanaan inisiatif seperti Projek Ekonomi Rukun Tetangga dan Program Sayangi Komuniti.” ” kata Muhyiddin ketika menyampaikan ucapannya di majlis tersebut secara maya hari ini.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Beliau turut menyambut baik peningkatan penubuhan KRT iaitu ketika ini adalah sebanyak 8,274 buah di seluruh negara dengan jumlah keahlian seramai 248,220 orang.
“Ia adalah petunjuk baik yang membuktikan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan peranan Rukun Tetangga” katanya.
Dalam pada itu Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata bahawa pelancaran pelan pemerkasaan kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga dan Empat Agenda kerja KRT pada hari ini adalah inisiatif ke arah usaha memperkasa kepimpinan komuniti rukun tetangga untuk memberi khidmat yang lebih berkesan dan cemerlang kepada rakyat di peringkat akar umbi.
“Usaha pemerkasaan ini juga selari dengan dasar perpaduan negara dan rangka tindakan (blueprint) perpaduan negara 2021-2030 yang telah dilancarkan oleh yab perdana menteri pada 15 februari 2021.
Pelan pemerkasaan ini merangkumi pengenalan modul gerak kerja komuniti rukun tetangga yang lebih komprehensif dan inklusif melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi awam, badan bukan kerajaan (ngo) dan swasta.” kata Halimah.
Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021 – 2030 mengandungi lima (5) teras strategik yang akan memacu Rukun Tetangga ke arah kecemerlangan dengan memperkasakan kepimpinan Rukun Tetangga sebagai pemangkin perpaduan dan khidmat komuniti sebagai tapak integrasi nasional, meningkatkan keselamatan dan keharmonian komuniti menerusi aktiviti kesukarelawanan, memantapkan peranan Rukun Tetangga dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti dan memperkasa kelompok komuniti.
Pada hari ini juga majlis Anugerah Perdana KRT turut diadakan sebagai pengiktirafan kepada KRT cemerlang sepanjang tahun 2020. Sebanyak lapan kategori anugerah telah dipertandingkan iaitu pengurusan rukun tetangga terbaik, pengurusan skim rondaan sukarela terbaik, pengurusan jiran wanita terbaik, pengurusan jiran muda terbaik, pengurusan projek inovasi krt terbaik, pengurusan projek ekonomi krt terbaik, pengurusan tabika perpaduan terbaik dan pengurusan taska genius perpaduan terbaik.
Pada tahun ini, penerima Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 ialah KRT Taman Pandan Mewah, Hulu Langat, Selangor yang telah menerima geran sebanyak RM50,000 seperti berikut:
i. Sijil Simpanan Premium – RM10,000
ii. Projek Ekonomi – RM10,000
iii. Program Kemasyarakatan – RM5,000
iv. Skim Rondaan Sukarela – RM5,000
v. Tunas Jiran – RM5,000
vi. Jiran Wanita – RM5,000
vii. Jiran Muda – RM5,000
viii. Jiran Warga Emas – RM5,000
KRT Taman Pandan Mewah turut menerima piala pusingan, piala iringan dan plak pengiktirafan. Di samping itu KRT Taman Pandan Mewah turut memenangi kategori Pengurusan Rukun Tetangga Terbaik dan Jiran Wanita Terbaik.
Bagi kategori Skim Rondaan Sukarela Terbaik ia dimenangi oleh SRS Taman Bukit Rambai, Melaka Tengah, Melaka. KRT Kampung Tempasak, Papar, Sabah pula memenangi kategori Jiran Muda Terbaik. KRT Taman Intan 2, Kluang, Johor memenangi kategori Projek Ekonomi Rukun Tetangga Terbaik dan KRT Taman Intan Delima, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang memenangi kategori Projek Inovasi Rukun Tetangga Terbaik.
Sementara itu Tabika Perpaduan Taman Cengal, Seremban, N. Sembilan memenangi kategori Kelas Tabika Perpaduan Terbaik dan Taska Genius Perpaduan PKA Bukit Kuda, WP Labuan, Labuan memenangi kategori Kelas Taska Genius Perpaduan Terbaik.
Dokumen Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga KRT4ALL boleh dimuat turun di laman web Kementerian Perpaduan Negara. Orang awam juga dijemput untuk melayari e-pameran di laman web https://pemerkasaankomunitikrt.com sehingga 31 Mac 2021.
Leave a comment