AM

Pembukaan kedutaan Malaysia untuk Palestin di Jordan disokong ABIM

91

KUALA LUMPUR 31 Oktober 2019 – Pengumuman YAB Tun Dr Mahathir untuk membuka kedutaan Malaysia untuk membuka pejabat perwakilan diplomatik Malaysia ke Palestin, bermastautin di Amman, Jordan disambut baik oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) .

Presiden ABIM, Muhammad Faisal (tiga dari kiri) bersama-sama dengan sahabat-sahabat Palestin.
Sumber foto FB Page ABIM malaysia

“ABIM menegaskan bahawa keputusan penubuhan Kedutaan Malaysia di Palestin adalah satu pendekatan yang wajar dan selari dengan pendirian Malaysia berhubung Palestin yang sangat penting negara kita, seperti yang digariskan dalam Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu.

ABIM yakin dan percaya bahawa pembukaan kedutaan tersebut akan mengukuhkan lagi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin sejagat. ” ujar Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Tambah Faisal rakyat Palestin sedang menerima tekanan hebat walaupun Amerika Syarikat menawarkan satu pelan pendamaian yang baru yang dilihat sebagai satu pelan yang berat sebelah dan hanya menguntungkan rejim Zionis Israel.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin di Jordan ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 di Baku Congress Centre.

Pengumuman tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap perbuatan Israel mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya baru-baru ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Guru sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan...