Alam Sekitar @ MY LNA

Dua orang pesalah warganegara Malaysia ditangkap di Kelantan – Dr. Xavier

130

PUTRAJAYA 31 Oktober 2019 – Hasil serbuan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 3/2019 Zon Timur yang dianggotai oleh tiga (3) anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan tujuh (7) anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaksikan penangkapan dua orang pesalah warganegara Malaysia pada tarikh 26 Oktober 2019 yang lalu kerana melakukan jenayah yang melibatkan hidupan liar.

Sumber foto : KATS

” Pemeriksaan lanjut terhadap dua (2) pesalah tersebut telah menemui satu (1) ekor disyaki Burung Bayan Nuri, lapan (8) unit disyaki gading gajah, dua (2) keris disyaki mengandungi bahagian gading gajah, satu (1) bahagian disyaki gading gajah, enam (6) unit disyaki gigi gajah, dua (2) sarung senjata disyaki mengandungi gading gajah, satu (1) keping disyaki kulit rusa sambar, tiga (3) unit disyaki tanduk rusa, satu (1) bahagian disyaki tanduk rusa, tiga (3) unit disyaki bahagian tanduk rusa, dua (2) pisau disyaki mengandungi bahagian tanduk rusa, satu (1) unit disyaki tanduk kambing gurun, satu (1) unit disyaki paruh enggang, satu (1) keping disyaki kulit hidupan liar, enam (6) helai disyaki bulu burung liar, dua (2) unit disyaki taring hidupan liar, satu (1) unit disyaki tulang hidupan liar dan empat (4) unit disyaki kulit beruang.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dan jika disabit kesalahan hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali; dan Seksyen 60, [Akta 716] iaitu menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi dan jika disabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali” maklum Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar di dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sumber foto : KATS

Dr. Xavier juga meambah bahawa kes tangkapan ini merupakan kejayaan ketujuh OBK yang telah dilancarkan pada 3 September 2019 melibatkan kerjasama Jabatan PERHILITAN, Pasukan PGA Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP), Perbadanan Taman Negara Endau Rompin, Johor, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan beberapa NGO yang menjalankan operasi secara bersepadu untuk memerangi dan membanteras penjenayah hidupan liar di Negara.

Tegas beliau, pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memberi amaran kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti pemburuan haram hidupan liar dan aktiviti pencerobohan agar menghentikan aktiviti terbabit atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang tegas.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Alam Sekitar @ MY LNABernamaBiz @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNA

Orang-Ramai, Semangat, Planet: Mary Kay Mengeluarkan Laporan Kelestarian 2024

DALLAS, 25 Julai 2024 (Bernama) — Mary Kay Inc., sebuah peneraju global dalam...

Alam Sekitar @ MY LNABM @ MY LNAParlimen @ My LNAUTAMA

PETRA pandang serius isu mikroplastik sebagai bahan pencemar baru

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 – Sebagai usaha untuk mengetengahkan isu berkaitan...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Urus stres menerusi ekoterapi di Taman Negara

Ekoterapi, atau juga dikenali sebagai terapi alam, merupakan salah satu bentuk terapi...