Home AM Aktiviti-aktiviti di masjid perlu berasaskan keamanan – Dr Mujahid
AM

Aktiviti-aktiviti di masjid perlu berasaskan keamanan – Dr Mujahid

KUALA LUMPUR 2 November 2019 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) , YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof pada hari ini menegaskan bahawa semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid perlulah berasaskan dan mempromosikan keamanan. Ini termasuk aktiviti-aktiviti syarahan dan juga khutbah yang dijalankan di masjid-masjid.

Berucap di Program “Rahmah 4 All” sempena Hari Terbuka Masjid Wilayah Persekutuan 2019 yang berlangsung pada hari ini, Dr. Mujahid juga menyeru semua umat Islam agar mempertahankan instiusi masjid dari dicemari elemen-elemen negatif yang boleh membawa kebencian dan sifat saling prejudis di antara penganut-penganut agama yang berbeza di negara ini. Ini penting bagi memastikan kedamaian yang berterusan di antara penduduk-penduduk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Bagi menyokong seruan beliau tersebut , beliau merujuk kepada surah al Hujurat ayat ke 13 yang bermaksud “Wahai manusia kami jadikan kamu dalam kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya dapat kamu saling mengenali ( beramah mesra antara satu sama lain ). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa (bukan keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi mendalam pengetahuannya.”

Di samping itu Dr. Mujahid juga memuji pihak Masjid Wilayah Persekutuan yang telah memainkan peranan membuka pintu kemesraan dan mengalu-alukan kehadiran oang bukan Islam untuk melawat dan mendekati masjid supaya mereka mendapat informasi mengenai keindahan agama Islam melalui penganjuran program Hari Terbuka tersebut.

Untuk makluman, Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan pelancong daripada serata dunia di mana hampir sejumlah 10,000 orang pelancong telah berkunjung ke masjid tersebut sepanjang tahun dan jumlah itu semakin meningkat dari masa ke semasa.

Foto-foto oleh Anuar

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...

AMCuacaMY LNA

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 – Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu...